CANTIK itu PERFECT ke ? TAK CANTIK macam mana pulak ?




Okay all , kat sini OWNER nak SHARE sikit pasal statement kat atas tu . Manusia zaman sekarang nie TAKSUB sangat dengan kecantikkan FIZIKAL . Bila seseorang tu dah terlalu taksub dengan kecantikkan , maka DOSA & PAHALA diabaikan . Betul tak ? Ye , bila dah cantik , ingat diri tu dah PERFECT sangat la kan . Then , menunjuk sini sana . Apa kes ? Riak kan ? Meh nak explain lak pasal apa kelebihan orang CANTIK dengan orang TAK CANTIK .

Orang yang cantik nie , biasanya memang dah memang cantik dari azali lagi kan . Then , bila dah cantik tapi tak puas lagi dengan kecantikkan tu , mula la nak make up tebal-tebal , pakai ketat-ketat , tunjuk sini sana . Kelebihan orang cantik nie , orang akan tengok semuanya baik tentang Si Cantik tu . Pas tu , mula la kalau orang dah puji “Eh , awak nie cantik la . Eh , kulit awak putih la” . Mesti la bangga kan kalau orang puji macam tu . Tapi , untuk yang Si Cantik yang menayang aurat , terus menayang aurat . Tak hirau DOSA tapi TAKSUB mengejar dosa dengan kecantikkan yang melampau . Kekurangan golongan nie lak , yang dah lupa diri tu akan lupa adab sopan , budi bahasa , sombong & bla bla bla . Tu la kekurangan bila dah terlalu cantik & bertambah cantik , cantik , cantik seterusnya cantik dengan DOSA . Elok sangat la tu ?

Orang yang tak cantik lak , jangan lah merasa rendah diri . Sesungguhnya kita kena bersyukur sebab kita nie sebaik-baik ciptaan Allah . Untuk golong nie , mesti masyarakat akan pandang serong . Contoh words yang selalu keluar dari mulut masyarakat “Eh , dia nie nampak kotor la . Dah la kotor , tak cantik lak” . Kepada masyarakat sekalian , bukak lah mata tu luas-luas , jangan pandang seseorang tu melalui fizikal tapi pandang keseluruhan diri seseorang tu . Jangan bila tak cantik , kita HINA , MAKI golongan nieh , mereka pun ada perasaan macam kita jugak . Sesungguhnya golongan macam nie lebih banyak kelebihan dari kekurangan . Contoh , bila golongan nie kena maki , apa yang mereka dapat ? Dah komfirm dapat PAHALA . Semakin BERTAMBAH dimaki & dihina , semakin BERTAMBAH pahala seseorang tu . Kelebihan lain yang kita boleh nampak , golongan nie tak mudah lupa diri . Betul tak ? Sebab , mereka lebih berusaha untuk memperbaiki diri daripada merosakkan diri . Kekurangannya pulak , golongan yang macam nie akan hilang keyakinan diri , berasa diri dipinggirkan & rasa diri paling bawah sekali . Tapi , dengan semua tu , mereka boleh bangun untuk perbaiki kelamahan diri . Jangan sesekali menyesal untuk jadi lebih baik ya .

Sekian , itu saja leteran daripada OWNER :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]


p/s : Sesungguhnya , apa yang kita ada sekarang , itulah yang akan mengajar kita erti kehidupan masyarakat . Seterusnya menjadi seseorang yang MATANG untuk menjadi pelakon utama dalam dunia sendiri :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

4 comments:

Uswah Salleh said...

Bagus..teruskan, Adam!

Celgynic Gold said...

@USWATON HASANAH SALLEH : orait :)

Aina Nadhirah said...

Untung leww maw dapat WIFE mcm tuu :D

Celgynic Gold said...

HEHEH , well :)

Post a Comment