Kita patut BERSYUKUR bukan BERCUKUR .


Hye all . Sekian lama OWNER tak update blog , so hari nie nak update pasal entri simple ja . Okay , meh renungkan & layan topik nieh . Setiap manusia mesti ada PAHIT & MANIS dalam hidup masing-masing kan . PAHIT & MANIS tu jugak la yang mengajar manusia belajar untuk memperbaiki kehidupan untuk jadi lebih baik .

Perubahan yang ketara bila kita boleh nampak ialah BILA KITA MULA KENAL SESEORANG dalam hidup kita . Tambah-tambah kalau kita mula dah sayang , mula rasa selesa dengan seseorang , mesti kita susah untuk melupakan KENANGAN sepanjang kita bersama seseorang tu . Pergh ! Boleh jadi gilerrr dibuatnya , huhu .

Bila kita dah mula kenal dengan seseorang tu , mesti kita nak ambil tahu semua tentang dia kan ? Yela , mana tak nya , kalau caring sangat pasal kita , rasa macam disayangi kan .

Tapi semua  tu akan berakhir bila kita kecewa & sedih bila seseorang tu mula tinggalkan kita . Kita kena ingat , KLIMAKS yang berakhir dengan kesedihan & kekecewaan tu bukan mengajar kita untuk LEMAH . Bukan kah tu semua yang dapat MEMATANGKAN diri kita ? Allah temukan kita dengan seseorang tu untuk kita belajar sesuatu yang baru DALAM KEHIDUPAN .

Contoh la kan , bila kecewa dalam PERCINTAAN . Apa yang kita rasa ? Dah terang-terang KECEWA tahap beb . So , dalam kecewa tu , kita dah belajar  untuk tidak terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang belum pasti berakhir dengan kegembiraan . Then , sekurang-kurangnya kita belajar untuk MENERIMA , MENYAYANGI seseorang tu .

Kesimpulannya , kita patut bersyukur dengan PAHIT & MANIS kehidupan walaupun PAHIT KEHIDUPAN itu lebih banyak daripada MANISNYA KEHIDUPAN . Sebab semua tu la yang akan mengajar kita untuk jadi lebih kuat untuk liku-liku kehidupan yang seterusnya :)

Sekian ;)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Golongan LELAKI yang ditarik oleh WANITA ke NERAKA


  • Ayahnya - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

  • Suaminya - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

  • Abang-abangnya - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

  • Anak Lelakinya - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]



Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Semua manusia lain-lain PENDAPAT . Kalau BETUL terimalah , kalau SALAH tolong betulkan . Okay ?



Dalam hidup kita nie , kita ada hak untuk mengeluarkan pendapat . Tapi , berpada-pada la , jangan sampai pendapat tu wujudkan perselisihan faham . Jangan sampai menyentuh isu-isu sentisitif & yang sewaktu dengannya .

Contoh dalam FACEBOOK , kalau ada status pendapat atau teguran dari mana-mana pihak . Kadang-kadang , pendapat  tu akan membuatkan seseorang tu TERMAKAN HATI . Betul tak ? Tambah-tambah lagi kalau yang mudah sensitif  tu , pergh ! Tak boleh salah sikit , nak dia je yang betul .

Kita kena ingat , kita kena belajar menerima pendapat orang lain . Daripada belajar terima pendapat orang lain , kita boleh bezakan kita atau dia yang betul . Nie nak kita ja yang betul tapi tak reti nak terima pendapat orang lain , tu JUAL IKAN a.k.a SELFISH namanya .

Yang penting , kita kena belajar dulu terima pendapat orang lain dulu sebelum mengeluarkan pendapat . Sekurang-kurangnya , kita cuba memperbaiki diri sendiri . RENUNGKAN YUP :)

Sekian .

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

AWAS ! Anda DIRAKAM . Tahukah kita semua , kita diperhatikan ?

Jom layan topic nieh pulak , OWNER ada baca satu entri pasal KEMAJUAN TEKNOLOGI & OWNER nak sampaikan maklumat pasal salah guna TEKNOLGI zaman sekarang nieh untuk keselamatan semua . Hari nieh OWNER nak share sikit pasal TEKNOLOGI yang dapat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat pada zaman sekarang . Then , dengan kemajuan teknologi sekarang nieh , ramai yang dapat mengambil kesempatan kat atas kita . Betul tak ? Contoh yang OWNER dapat bagi macam dalam Movie KLIP 3GP . Semua tahu kan movie tu macam mana . Rakaman TERSEMBUNYI yang melibatkan maruah diri .

Okay . ONWER nak tanya la , perasan tak yang kita nieh diperhatikan ? Mesti tak kan ? AWAS ! Anda DIRAKAM . Terutamanya kita yang selalu pergi ke tempat-tempat awam then guna kemudahan awam seperti tandas awam . Apa yang OWNER nak sampaikan nie pasal CAMERA yang dipasang dalam tandas tu . Contoh gambar yang ONWER ambil dalam satu entri nieh .




P/s : Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam . Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling . Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini . OWNER terpaksa muat naik gambar ini agar kita tahu kedudukan kamera tersebut . OWNER sampaikan maklumat nieh mungkin tak semua ambil berat pasal nieh . Tapi awas , kita kena HATI- HATI .

Sekian :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

CINTA itu BUTA ? Betul ke ?


Ramai antara kita yang tahu apa itu CINTA & pernah memilikinya walaupun hanya sementara . Sehinggakan CINTA itu membunuh dalam hidup & dilabelkan CINTA ITU BUTA .

Cinta itu buta apabila seseorang itu jauh daripada CINTA ALLAH .

Cinta itu buta apabila seseorang itu hilang kasih sayangnya kepada kedua IBU BAPA .

Cinta itu buta apabila seseorang itu LUPA AKAN DIRINYA .

Cinta itu buta apabila seseorang itu mengabaikan AGAMANYA .

Cinta itu buta apabila seseorang itu MEMBUNUH DIRINYA dalam API NERAKA .

Cinta itu buta apabila nafsu seseorang itu menguasai DIRINYA .

Sekian :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

p/s : Untuk orang yang buta , CINTA itulah menjadi MATA dalam hidup mereka :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment