NASIHAT benda yang BAIK , orang cakap berlagak ALIM . Apakah alasanya ?



Manusia zaman sekarang , bila ada yang nasihat benda baik , orang cakap BERLAGAK alim/baik . Nie la manusia , nak buat baik salah . Bila buat salah , eh tahu pulak nak marah . Apa kes ?

Words lain yang manusia selalu guna " Eh , ko tu sebelum nasihat orang , cermin la diri tu dulu" . Then , ada gak yang cakap "Ek eleh , dia tu nak nasihat orang . Dia tu lagi teruk la" . Hah , manusia guna macam-macam alasan tuk pesongkan benda yang betul . Rite ? Tu disebabkan tak boleh nak terima teguran atau nasihat pada orang sekeliling . Salah ke nak buat baik ? Sekurang-kurangnya , dalam menasihati nieh , kita dapat memotivasikan diri untuk jadi lebih baik . Betul tak ?

Satu lagi , bila dah cakap orang buat baik berlagak alim . Mula la nak bandingkan dengan benda yang buruk . Contoh la , "Aku sakit hati dengan budak tu . Nak nasihat orang pun pada-pada la . Dia pun bukannya baik sangat" . Perlu ke membandingkan nasihat yang baik tu dengan kekurangan dirinya ? Tak perlu buat macam tu , sekurang-kurangnya seseorang yang nasihat kita tu , buat benda yang baik . Tak salah kan ? Renungkan yup .

Kesimpulannya , terimalah setiap teguran atau nasihat daripada orang sekeliling . Sesungguhnya , itu semua adalah untuk kebaikan masing-masing . Yela , kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada buat salah , so dengan nasihat atau teguran orang sekeliling , kita mampu perbaiki diri sendiri .

Sekian , selamat BERAMAL :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

CANTIK itu PERFECT ke ? TAK CANTIK macam mana pulak ?




Okay all , kat sini OWNER nak SHARE sikit pasal statement kat atas tu . Manusia zaman sekarang nie TAKSUB sangat dengan kecantikkan FIZIKAL . Bila seseorang tu dah terlalu taksub dengan kecantikkan , maka DOSA & PAHALA diabaikan . Betul tak ? Ye , bila dah cantik , ingat diri tu dah PERFECT sangat la kan . Then , menunjuk sini sana . Apa kes ? Riak kan ? Meh nak explain lak pasal apa kelebihan orang CANTIK dengan orang TAK CANTIK .

Orang yang cantik nie , biasanya memang dah memang cantik dari azali lagi kan . Then , bila dah cantik tapi tak puas lagi dengan kecantikkan tu , mula la nak make up tebal-tebal , pakai ketat-ketat , tunjuk sini sana . Kelebihan orang cantik nie , orang akan tengok semuanya baik tentang Si Cantik tu . Pas tu , mula la kalau orang dah puji “Eh , awak nie cantik la . Eh , kulit awak putih la” . Mesti la bangga kan kalau orang puji macam tu . Tapi , untuk yang Si Cantik yang menayang aurat , terus menayang aurat . Tak hirau DOSA tapi TAKSUB mengejar dosa dengan kecantikkan yang melampau . Kekurangan golongan nie lak , yang dah lupa diri tu akan lupa adab sopan , budi bahasa , sombong & bla bla bla . Tu la kekurangan bila dah terlalu cantik & bertambah cantik , cantik , cantik seterusnya cantik dengan DOSA . Elok sangat la tu ?

Orang yang tak cantik lak , jangan lah merasa rendah diri . Sesungguhnya kita kena bersyukur sebab kita nie sebaik-baik ciptaan Allah . Untuk golong nie , mesti masyarakat akan pandang serong . Contoh words yang selalu keluar dari mulut masyarakat “Eh , dia nie nampak kotor la . Dah la kotor , tak cantik lak” . Kepada masyarakat sekalian , bukak lah mata tu luas-luas , jangan pandang seseorang tu melalui fizikal tapi pandang keseluruhan diri seseorang tu . Jangan bila tak cantik , kita HINA , MAKI golongan nieh , mereka pun ada perasaan macam kita jugak . Sesungguhnya golongan macam nie lebih banyak kelebihan dari kekurangan . Contoh , bila golongan nie kena maki , apa yang mereka dapat ? Dah komfirm dapat PAHALA . Semakin BERTAMBAH dimaki & dihina , semakin BERTAMBAH pahala seseorang tu . Kelebihan lain yang kita boleh nampak , golongan nie tak mudah lupa diri . Betul tak ? Sebab , mereka lebih berusaha untuk memperbaiki diri daripada merosakkan diri . Kekurangannya pulak , golongan yang macam nie akan hilang keyakinan diri , berasa diri dipinggirkan & rasa diri paling bawah sekali . Tapi , dengan semua tu , mereka boleh bangun untuk perbaiki kelamahan diri . Jangan sesekali menyesal untuk jadi lebih baik ya .

Sekian , itu saja leteran daripada OWNER :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]


p/s : Sesungguhnya , apa yang kita ada sekarang , itulah yang akan mengajar kita erti kehidupan masyarakat . Seterusnya menjadi seseorang yang MATANG untuk menjadi pelakon utama dalam dunia sendiri :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Eh , MASIH teringat Si Dia ke ? SEDIH kan ;(


Memang menyakit kan bila HUBUNGAN separuh JALAN . Betul tak ? Ye , tu semestinya , tambah-tambah lagi  kalau dah lama kenal dengan some one tu . Walaupun kadang-kadang SI Dia nakal , tu la yang membuatkan hidup kita tak sunyi bila dengan Si Dia . Tapi , bila apa yang diharapkan hanya tinggal seperti PEMBALUT LOLIPOP yang dibuang , apa boleh buat , redha je la dengan apa yang terjadi . Kali nie OWNER bukak topik nie atas permintaan PEMBACA  , OWNER nak share sikit pasal CARA-CARA nak lupakan some one yang PERNAH kita sayang .

First , kita kena ingat Allah . Ya , Allah itu penting . Apa yang terjadi , pasti ada hikmahnya . Kita kecundang dalam percintaan disebabkan kita dah jauh dari-Nya . Allah jadikan sesuatu kejadian tu untuk kita selalau ingat akan Dia . Macam mana nak ingat Allah ? Tu senang , kita dilahirkan dari kecik dalam pegangan agama . So , yang penting solat jangan tinggal . Penuhkan hati dengan ayat-ayat suci al-Quran . InsyaAllah , hati kita tenang :)

Second , kita kena habiskan masa dengan keluarga kita . Tambah-tambah dengan IBU BAPA kita yang dah besarkan kita dari kecik sampai la besar nie , kalau ada apa-apa masalah , luah & share dengan mereka , hilang sikit beban tu . Dalam menghabiskan masa tu , kita dah boleh lupakan Si Dia . Then , kesedihan tu , pasti akan hilang sedikit demi sedikit .

Third , KAWAN-KAWAN . OWNER percaya , ramai yang ada KAWAN RAPAT kan . Eh , kat sini bukan nak kira RAPAT atau TAK , sebab dalam berkawan kita tak perlu lah memilih . Rite ? hehe :) . Hilang GF/BF , kita kena ingat kita ada ramai kawan . Kawan la yang lebih lama ada dengan kita , kawan lah yang selalu BERGELAK , BERKONGSI masalah dengan kita . So , kalau boleh , ISI MASA tu dengan kekawan :)

Fourth , BUSY kan diri dengan KERJA-KERJA . Maksudnya , janglah kita TERMENUNG mengenangkan kisah lama . Tak ada faedahnya pun . So , sibukkan diri tu dengan kerja , macam kerja-kerja rumah , tolong mak ayah , tu lagi baik kan . Nanti kalau tak buat macam nie , kita akan selalu teringat akan Si Dia , pas tu berterabur habis air mata tu . Okay ya , SIBUKKAN diri tu dengan benda yang BERFAEDAH tau .


Fifth , PERCAYA PADA DIRI SENDIRI . Ow yeah ? Rite yeah , AHAHHA :D . Ha , memang PERLU kita percaya pada diri sendiri . Ramai diantara kita kecundang dalam percintaan LEMAH untuk meneruskan hidup sebab terlalu bergantung kepada Si Dia . Sampai ada yang sanggup BUNUH DIRI . Apa kes ? Perlu ke sampai macam tu ? Tak perlu ! Jangan la ada niat macam tu okay . OWNER nak tanya , sebab apa kita dilahirkan kat dunia nie ? Adakah sebab untuk menjadi seseorang yang selalu kecewa dalam percintaan ? Tak kan ? Ada banyak lagi keja kita boleh buat . Kita hidup dekat dunia nie untuk MENAMBAHKAN AMALAN , PAHALA kita untuk dunia akhirat . Kita kena kuat , tu semestinya . Kalau takut dikecewakan , JANGAN BERCINTA ya . Kalau bukan diri sendiri , siapa lagi yang mampu mengubah kita . Betul tak ? Renungkan ye :)

Sekian . Tu saja yang boleh OWNER sharekan , selamat BERAMAL ya :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

p/s : Jangan MENGEJAR cinta yang tidak pasti TAPI KEJARLAH cinta kita pada ALLAH :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Kalau MARAH , tolong JAGA SAMA ya . Tak SUSAH , SENANG je ;)

Ya , jom macam biasa . Layan topik-topik kat entri nieh . Faham tak apa yang nak cuba di-STORY nieh ? AHAH , kompom tak faham kan . Yela , dengan PENDAHULUAN yang berterabur , haiyaaa , AHAHA :D . Okay , OWNER tak nak berleter panjang . Jom mula kan STORY .

First , statement kat atas tu pasal AGAMA kita sendiri . Ramai di kalangan kita nie yang macam tu . Kalau ada mana-mana yang MAKI , HINA , & apa-apa je la , kompom NAIK ANGIN . Betul tak ? Kalau perasan laa . Tapi , tahu tak DISEBABKAN sikap diri sendiri , orang lain boleh MAKIN HAMUN agama kita sendiri . Padahal kita tak seberapa dalam BERAGAMA . Kadang-kadang suruhan agama kita sendiri TAK ENDAHKAN , yang tahu BERHIBUR . Pas tu , kalau ada yang MEROSAKKAN IMEJ agama , tau pulak marah .

Sebab tu , kita semua DITUNTUT untuk MENGERJAKAN AMAL IBADAT agama masing-masing . Tak kira la , agama apa pun , semua MENYURUH umatnya BERBUAT BAIK . Rite ? Kalau dah tahu nak MARAH bila orang HINA , MAKI agama sendiri , jangan lah BALAS BAIK dengan MAKI balik . Tak patut buat macam tu , TAPI seeloknya , kita jadikan semua tu UJIAN untuk terus KUAT dalam PEGANGAN AGAMA :)

Sekian . Selamat MELAYAN ;)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]
 
p/s : Jangan MARAH-MARAH ye cek ABANG/KAK . Sabor . Sabor tu kan SEPARUH daripada IMAN :)
Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Apa pendapat kaum ADAM & HAWA , LELAKI & PEREMPUAN sama ka ?

Jom LAYAN jap topic nieh . Pada suatu hari , sedang dia berjalan-jalan . Eh , maaf-maaf . Nie bukan BED TIME STORY nak bercerita , AHAHAH . Okay , nie nak share sikit pasal statement kat atas tu . Ramai yang berpendapat LELAKI & PEREMPUAN tu sama . Betul ke ? Okay , memang ya TAPI perbezaan LAKI & PEREMPUAN itu lebih banyak daripada PERSAMAAN . So , nak story la sikit nieh .

Sebab apa TAK sama ?

Mesti ada yang akan bagi jawapan . ‘Yela , laki & perempuan memang tak sama sebab berlainan JANTINA & dalam IC laki ‘BIN’ , dalam IC PEREMUAN ‘BINTI’ . Ha , jawapan tu semua dah BERBULU dalam telinga tuan punya badan . Okay , memang LAKI & PEREMPUAN tak sama . Contohnya yang KETARA kita boleh nampak , PEREMPUAN nie mampu MENGEGARKAN DUNIA . Percaya tak ? Wow ! Kuat tu . Spiderman pun tak mampu buat macam tu , AHHAHA . Ye , perempuan memang boleh gegarkan dunia . Tengok dalam MEDIA MASSA , perempuan TERLANJUR then masuk PAPER , satu dunia tahu , GEMPA BUMI BEB DIBUATNYA ! Betul tak ? Laki terlanjur lak , sapa yang tahu ? Jarang sekali kita dengar lelaki TERLANJUR . Bukan nak BANGGA , tapi semua tu realiti DUNIA sekarang .

Sebab apa SAMA ?

Tadi KES GEGAR DUNIA kan ? Ha , yang nie pulok OWNER nak cakap REALITI zaman sekarang . Contoh dalam bercinta , KALAU perempuan CURANG lelaki akan says ‘PEREMPUAN SEMUA SAMA , TAK GUNA , HIPOKRIT & bla bla bla then kalau LELAKI pulok yang CURANG perempuan aku says ‘LELAKI SEMUA SAMA , TAK GUNA , apa la , nie la & bla bla bla , AHAHAH . LELAKI perempuan sama kan ? Ya , tapi dalam sesetengah perkara je .

Sekian :) daripada OWNER . Berjumpa lagi dalam entri-entri yang akan datang .

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

P/s : Berbangga lah dengan JANTINA masing-masing ;) . LELAKI & PEREMPUAN , semua ada kelebihan & kekurangan masing-masing . Yang Penting , jaga lah suku kaum tu okay :) 

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Di MATA semua PERFECT , tapi kalau HATI tidak IKHLAS itu BUKAN CINTA :)

Assalamualaikum & night to all of you *amboeh wat terer buley speaking aih , AHAHA :D . Hai ladies & gentlemen . Jom layan sat STORY MORY  malam nieh , OWNER nak SHARE sikit pasal sikap manusia yang BERCINTA disebabkan luaran . Biasanya kan , zaman sekarang nie kena ada RUPA , HARTA baru orang pandang . Betul tak ? Tapi kalau TAK DA RUPA , MISKIN , orang HINA , pinggir walaupun hati BAIK TAHAP dah . Tapia pa boleh buat , semua nak berdasarkan rupa . Nak yang cantik , kacak & apa-apa yang seangkatan dengan nya la , huhu .

Okay , yang sebenarnya OWNER nak story pasal MANUSIA SUKA KAT MANUSIA LAIN SEBAB RUPA . Paham tak ? Hurm , cam nie lah . Kalau lah some one tu suka kat sorang lagi nieh disebabkan RUPA , kita tak boleh panggil itu CINTA . Sebab cinta tak mengenal sapa , macam mana seseorang tu . Yang penting hati kena IKHLAS . Suka berdasarkan RUPA , itu bukan cinta TAPI hanya permainan MATA untuk hati semata-mata . Then , ingat , SUKA berdasarkan rupa tak kan menjamin sesebuah HUBUNGAN tu .

Nie nak explain pulak tentang SUKA BERDASARKAN RUPA itu BUKAN CINTA . Yela , kalau Ttanya semua orang , mestilah nak yang BAIK , SOPAN , JAGA AURAT la , apa la . Tapi kenyataannya , semua tu just dari mulut . HATI macam mana ? Mulut jawab lain , HATI nak yang HENSEM/CANTIK . Apa kes ? Lepas tu BERHARAP hubungan tu KEKAL . Nie ALL , ingat taw , SUKA BERDASARKAN RUPA tu tak kan KEKAL LAMA macam yang DIIMPIKAN . Sebab apa ? SEBAB itu BUKAN CINTA .

Meh nak explain pulok , CINTA ITU BUKAN BERDASARKAN RUPA atau HARTA . Eya , mesti ada yang setuju & MAJORITI atau SECURITY akan bersetuju dengan statement tu . Ha ! Sebab ? CINTA itu kena IKHLAS , SETIA , JUJUR , PERCAYA . Tu baru dinamakan cinta . CINTA ITU INDAH kalau ada semua tu TAPI kalau SUKA BERDASARKAN RUPA tu semua akan jadi hancur , hati satu sama lain akan sakit & macam-macam lagi lah . Lu pikir la sendiri , WOW ! Garang nampak :D

So , kesimpulannya , jangan mudah tertipu dengan pandangan kita sebab semua tu TIDAK AKAN KEKAL LAMA . Kalau betul CINTA seseorang tu , kita kena muhasabah diri untuk ada KEIKHLASAN , KEPERCAYAAN , KASIH SAYANG , KEJUJURANG , CINTA , KESETIAAN .

Sekian . Selamat MELAYAN :)

Selami jiwa , salami akal [SENYUM SOKMO]

p/s : sori yup to all reader kalau ayat berterabur , huhuhu .


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Jangan MENILAI BUKU daripada KULITNYA . Barulah ILMU bertambah . Boleh kan ? ;)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia . Yoyo ALL , bukan nak ajak maen yoyo okay , AHAHAH :D . Saja buat SYIOK TERLEBEY . Jom layan Topik yang nak di HOT kan hari nie , pasal sikap masyarakat yang SUKA MENILAI BUKU daripada KULITNYA . Apa faedahnya ? Eya , faedahnya tidak membuang masa TAPI sayang la , ILMU dibuang macam tu je . Betul tak ?

Nie la manusia , sikap macam nie buat rakyat kita tak pernah maju dalam mengejar ILMU . Ingat ilmu tu boleh dating sendiri kot , tak pun beli kat farmasi yang berdekatan . AHAHA . Sungguh MALAS di situ . Hai , bangkitlah rakyat ku . Sesungguhnya , ISI buku itu lebih BERNILAI daripada kulitnya .

Eya la kan , kalau tak , buat apa pengarang dok PENAT-PENAT fikir untuk mengarang isi buku tu . Sampai ada pengarang yang pecah kepala otak [ayat terlalu hiperbola] , kes dok perah otak untuk buat isi buku tu . So , hargailah setiap ayat yang dikeluarkan tu okay . Bukan senang nak mengarang . Di saat kita yang dapat membaca nie , rajin-rajinkanlah bukak isi buku tu , TAK RUGI , sekurang-kurangnya kita boleh tambahkan ILMU kita .

Perangai yang tak dapat dielakkan zaman sekarang , bila tengok ja tajuk buku tu tak best . Terus tak beli , terus tak baca . Mana la taw kan , tajuk yang tak best tu lagi banyak bagi faedah . Contoh la kan , tajuk simple satu buku nie “MASA ITU EMAS” , hah ! Memang nampak tak menarik kan ? Tapi , tak salahkan kalau jenguk-jenguk isi dalam buku tu ? Yela , dah benda macam tu selalu je kita dengar , so tak ambik endah la kan . Tapi , dah taw , dok membazir masa macam tu jugok . Apa kes ? Hurm , contoh kedua kalau tajuk buku nieh “ ARTIS DITANGKAP KHALWAT” . Pergh ! Ta sempat kelip mata , tengok-tengok buku tadi habes STOK . Yela , benda pasal dunia hiburan , cepat je TAPI pasal ILMU yang lagi berguna dari tu , orang buat tak endah . Apa ke jadahnya ?

Kesimpulannya , TAJUK buku tidak membawa apa-apa makna BERBANDING isi sesebuah buku yang panjang lagi berguna . Kepada semua yang minat membaca & kepada diri sendiri , janganlah menilai buku itu daripada kulitnya . Tak kira lah , buku ka , atau risalah lain seperti entri , artikel , rajin-rajinkan lah menjenguk/membaca ya selagi masih berguna J

Selami jiwa , salami akal [SENYUM SOKMO]

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Cinta SEPARUH JALAN memang MENGECEWAKAN :’(

Assalamualaikum . Ha , ta jawab DOSA , kepada yang MUSLIM & untuk yang NON MUSLIM , Selamat sejahtera :) . Hai all . Tido dah ka ? Cerita nie just berdasarkan pengalaman OWNER , tiada kena mengena antara yang dah MELANTAK ATAS KATIL ataupun yang MASIH TERNGANGA menunggu LALAT masuk ke dalam mulut , HAHAHA .

Meh layan sat topic nieh . Dengan membuang masa nieh , OWNER nak cerita sikit tentang cinta  separuh jalan . Rasanya ramai yang pernah lalui SEMUA nie . Sakit kan ? Ada tak rasa macam KENA GIGIT SEMUT ? Mesti la tak SEBAB lebih sakit dari tu . Sampai ada yang BUNUH DIRI . Kepada sesiapa yang takut bercinta , DON’T TRY THIS AT HOME & ANYWHERE laa .

Dalam first step dalam BERCINTA nieh , punya la jiwang menjiwang sampai rasa dunia nie milik kita je kan . Bak kata orang la , MANDI TAK BASAH , MAKAN TAK KENYANG , TIDUR TAK LENA . Ewahh ! Sakan aih bila first step BERCINTA .

Second step lak , lepaih tak berapa lama pas tu , BERMANJA-MANJA , KONGSI MASALAH . Perg ! Rasa macam kita sorang ja yang disayangi . Indah dunia di mata hati la katakan .

Then , third step , JANJI-JANJI MANIS dibina . Rasa lagi manis kot dari cokelat , HUHUHU . Dok main ayat mengayat lak , RASA BEST PUN ADA . Time nieh , apa-apa pun rasa BEST .

Seterusnya fourth step , mai time nieh , HA ! Mula masalah problem nak timbul tenggelam . Gaduh lah , apa lah . Apa kes ? Best ke gaduh ? Tak kan ? Sampai berminggu , bertahun tak tegur sapa . Tambah-tambah lagi kalau kita dah SAYANG someone tu GILA-GILA dah .

Last , fifth step ! Bila keadaan menjadi semakin TEGANG . EGO menguasai diri . HATI mula HOT , OTAK diletakkan di dalam laci atau di mana-mana tempat yang bersesuaian ! Hubungan yang diharapakan HANYA IMPIAN SEMATA-MATA & JADI PENGAJARAN DI MASA AKAN DATANG . Cinta yang dulu INDAH kini menjadi satu seksaan dalam HATI .

Semoga anda semua dapat MENGHAYATI step-step cinta separuh jalan yang ingin dikongsi nie . Bukan maksud nak suruh CLASH ke apa , JUST nak share pengalaman je . Selamat MELAYAN yup :)

Sekian .

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

BERFESYEN biar lah BERSEDERHANA . Kalau LEBIH-LEBIH , nanti DOSA pun LEBIH :)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia , hehehe .  Ladies & gentlemen , title yang OWNER nak uarkan ri nie pasal FESYEN ? Taw tak apa itu FESYEN ? Eh eh , buat tak tahu lak , pandai begurau ye , AHAHA .  Tipu la kalau tak tahu SEBAB manusia zaman sekarang kalau tak BERFESYEN , tak cantik la kononnya kan . Tak kesah la pasal tu , cantik ke tak , tu letak number 2 okay ? Yang penting , gaya tu kena ada , huhuhu .

Tak salah nak BERFESYEN , biasa la tu kan , manusia zaman sekarang  kalau tak BERFESYEN rimas pulok nak keluar TENGOK DUNIA . Betul tak ? Yela , rasa TAK cantik sini la , sana la , tak kena sini la & blab la bla , tak larat berleter , huhuhuhu . Tapi pada masa yang sama , kita kena ingat dalam BERFESYEN tu kena la ada sikap KESEDERHANAAN . Nie untuk kebaikan diri jugak . Betul tak ?

Okay  kakak & abang-abang , OWNER nak explain lagi mendalam apa itu BERSEDERHANA DALAM BERFESYEN . Nak Tanya dulu la ,  dalam berfesyen , perlu kah kita pakai ketat-ketat , sendat-sendat , TERJUNTAI sana sini SAMPAI nampak habeh susuk tubuh tu ? Mesti tak perlu kan ? Habeh tu , kenapa buat ? Wow ! Jangan marah ya pak cik , mak cik , chill deh .  OWNER just asking laa :D

Di samping tu , dalam berfesyen nie kena la jaga-jaga . Eya la , kadang-kadang cara kita berfesyen tu boleh melemahkan  nafsu orang lain , pastu buat orang mula cair(orang perlis pelat CAYAQ) dengan gaya pemakaian yang HOT . Sapa IMAN tak kuat tu silap-silap meliur dibuatnya , AHHAHA . Meh nak asking lagi , nak tak orang dok usya kita , dok tengok STIM macam nak sum tin kat diri tu ? AHAH , tu fikir lah sendiri yaa . OWNER tak kata apa-apa pun :P . Satu lagi , kalau kita tak jaga pemakaian , dok menayang hok nuh , hok nih , nanti sapa maw kat kita ? Pas tu , secara tak lansung TAMBAH DOSA kita & ‘peminat’ kita tu .

Maw LELAKI berfesyen okay lagi  tapi maw orang PEREMPUAN ? Huhuhu , NO COMMENT , sob3 . So ,  kepada kaum-kaum HAWA , jaga lah maruah diri ya , nie tuk diri sendiri kat DUNIA & AKHIRAT gak . Then jangan lupa , dari kita berpakaian tu , orang dah boleh nilai kita nie macam mana . Walaupun baik TAHAP EXPERT DAH , tapi kalau tetap pakai ‘baju adik’ , pakai ‘seluar adik’ , DOSA tetap DOSA cek kak , cek bang oi J

p/s : Kepada sesiapa yang  mempromote diri untuk FESYEN BERLEBIHAN  dinasihatkan BERHATI-HATI ya , nanti kalau pic anda dijadikan koleksi oleh ORANG-ORANG yang GILA SEKS , jangan menyesal  . Nak kew jadi mangsa ? Kalau tak nak , jangan lebih-lebih ya , SEDERHANA jea , tak susah pun , SENANG jea J


Sekian . Selami jiwa , selami akal . Senyum SOKMO

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Bila kita DAH MATI nanti , boleh kita KAFANKAN & KUBURKAN diri sendiri ?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia :) , topik mula-mula yang nak di update nie pasal media massa HOT sangat pasal budak mati kena LANGGAR kat China tu , gara-gara sikap masyarakat yang JUAL IKAN , bak kata omputih SELFISH laa . Nak tanya la , patutkah sikap cam tu diamalka ? Menurut FAKTA dalam media massa , masyarakat kat sana tak nak ambil peduli sebab TAKUT nak pikul tanggungjawab atas kematian budak tu .  Apa pendapat semua tentang sikap JUAL IKAN nie dalam diri setiap manusia ? Disebabkan sikap pentingkan diri sendiri , hilang nyawa seorang budak .

Eya , memang kadang-kadang sikap JUAL IKAN tu penting untuk diri tapi pernah tak kita terfikir ? Bila mati nanti , yang kita tak dapat nak bergerak  , tak dapa nak bernafas . Mayat kita nanti , boleh kita kuburkan sendiri ? Wow , hebatkan kalau ada yang cakap boleh , haizz . Kita kena ingat orang sekeliling kita  yang akan MANDIKAN , SEMBAHYANGKAN , KAFANKAN & KUBURKAN kita suatu hari nanti .
Oleh sebab tu , bila situasi mendesak macam KEMALANGAN BUDAK MATI KENA LANGGAR tu , janganlah biar . Kita patut BERTANGGUNGJAWAB dengan benda-benda macam tu kalau berlaku depan mata kita . Sekurang-kurangnya kita dapat gak menyelamatkan nyawa orang lain , then dapat ganjaran PAHALA . Mana lah tahu kan , suatu hari nanti  , situasi macam tu jadi dekat kita kan . Benda BAIK , akan dibalas baik . Benda JAHAT akan dibalas jahat . Ingat tu J

Cuba bayangkan , kalau situasi kemalangan tu berlaku DEPAN mata kita , pas tu kita biarkan . Buat derk je , seolah-olah macam tengok kucing dengan anjing bergaduh . Tak ke sedih mangsa kemalangan tu tengok sikap kita yang tak prihatin ? Last-last masuk paper , SEORANG TERKORBAN DALAM SUATU KEMALANGAN , DISEBABKAN SIKAP JUAL IKAN MASYARAKAT YANG KIAN MENJADI-JADI . Lepas tu mula la nak salahkan pihak-pihak lain . Padahal benda tu jadi depan mata kita . Ha , bila kita lak yang jadi mangsa , tahu pulak nak mintak tolong . ‘abg , tolong saya bang . kaki saya patah’ . Err , jangan la jadi macam tu . Kalau tak nak macam tu , kita kena la bukak minda , prihatin dengan keadaan sekeliling kita . Betul tak ?

Satu lagi , kita kena ingat kadang-kadang Allah jadikan sesuatu kemalangan tu depan mata kita sebab Dia nak uji kita , samada kita nak selamatkan seseorang tu ataupun tidak . Jangan disebabkan sikap JUAL IKAN KITA , NYAWA TERUS TERKORBAN  . Harap apa yang disampaikan dapat dijadikan iktibar untuk kita semua . Renungkan yup . Selami jiwa , selami akal J

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Sekarang Baru Berminat Untuk Berblogger :D

Macam mana ya nak mulakan blog nie ? Haiz , pening betol -.- . Ada sapa-2 yang boleh tolong ajarkan tak ? Hurm , cam nie la , meh nak pekenalkan diri dulu OWNER BLOG nie .

  Name of OWNER nie , Muhammad Adam Haris Bin Abdullah a.k.a Adam . Huhu . Umo ? 17 Tahun (2011) . Sekarang dok menyambung study dekat institusi KLUSTER , that Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad , Arau , Perlis . AAHAH :D , sekolah je KLUSTER , OWNER nie tak kluster macam nama sekolah tu , just SIMPLE student je . Hobi ? Bergiat AKTIF dalam ber-FACEBOOK & sekarang mencuba untuk BERBLOGGER . Tu jea la DETAILS yang boleh diuar-uarkan buat masa nie XD .

  Tujuan OWNER menceburkan diri dalam dunia blog nie , just nak KEMBANGKAN status-status yang selalu DIUPDATE kat FB . Nak try gak buka minda masyarakat zaman sekarang . Disamping tu , leh gak MEMOTIVASIKAN diri nie . Betul tak ? Satu , kalau dekat FB , just boleh tulis beberapa patah perkataan jea . Sampai ada ayat-ayat status yang tergantung & mesti ada yang tertanya-tanya apa yang cuba disampaikan . So , dengan nie , OWNER dah bersedia nak mengarang dengan lebih mendalam lagi , kalau rajin laa , AHAHH :D . Cakap tak serupa bikin betul , karangan yang cikgu suruh buat pun LIAT nak siapkan . Huhuhu :P . Okay , tak nak BERLETER panjang-2 , just tu jea la tujuan OWNER :) . Tunjuk ajar daripada BLOGGER-BLOGGER lain amat diperlukan dari masa ke semasa . Saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan :) . Senyum SOKMO :)
Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment