Dulu lain, Sekarang lain.








Dulu lain sekarang lain?? Apa yang lain???

Manusia Manusia mudah berubah. Yang jahat boleh jadi baik dan yang baik boleh jadi jahat. Ok la Ok la, straight to the point jangan buang masa. Sebenarnya topic yang aku nak bincangkan ni pasal perangai LELAKI zaman sekarang. Opss, laki-laki baik tak payah baca hahaha

Perubahan ketara yang kita boleh nampak pada lelaki ni
semasa dia nak tackle si perempuan dan setelah dia dah dapat tackle si perempuan. Apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman diri sendiri dan pengalaman kawan kawan aku. No fitnah fitnah ok haha. Contoh :

PAKAIAN.
Dulu masa baru declare jadik pakwe/makwe bukan main lagi pakai smart smart. rambut letak gel sampai kilat lepas tu buat la fesyen macam macam semata - mata nak tarik perhatian si awek. katanya " i taknak la nanti bila orang tengok kita orang kutuk you sebab dapat boifren selekeh macam i ". Tapi, bila dah lama sikit couple diri sendiri dah terabai. dah tak smart macam dulu. keluar dengan awek pun pakai selipar jamban , seluar pendek, baju lusuh siap ada taik lalat apa semua pun dah tak kesah. katanya pulak " alaa, buat apa nak smart smart, i kan dah dapat you. nanti kalau i smart smart perempuan lain ngorat i " =.="

HADIAH / SURPRISE.
Dulu masa baru declare setiap kali jumpa mesti ada hadiah. coklat la, teddy bear la, baju la, bunga la, sekali dengan pasu bunga pun dia bagi. Sampai bilik si awek dah penuh dengan teddy bear, coklat pun sampai dah tarikh luput tak habis habis makan lagi. banyak sangat. bila si awek kata membazir, si boifren jawab " i bagi semua tu ikhlas untuk you. tu tanda i sayang and cintakan you. i tak kisah habis duit untuk you asalkan you bahagia sayang " ceceh, bukan men lagi ayat haha. Tapi, bila dah lama couple si awek pelik kenapa dah tak dapat banyak hadiah macam dulu eh. Si boifren pun jawab " Alah, dulu i bagi you cakap membazir la apa laa. Lagipun kalau i bagi hadiah lagi you nak letak mana pulak kan?? " =.="

TOPUP.
Dulu masa baru declare si awek cakap kredit habis terus si boifren tolong topupkan. tak payah suruh. cakap je kredit habis, automatik tak sampai 5 minit masuklah kredit RM10. si awek cakap susah susah ja, si boifren cakap " i tak boleh hidup kalau tak dapat mesej dengan u. walaupun satu jam,i memang tak sanggup. i rela takda duit dari takda you " Tapi, bila dah lama sikit couple si awek habis kredit. si awek malas nak suruh si boifren topup dan mengharapkan si boifren paham paham sendiri la macam dulu. lalu si awek pun cakap la kredit habis. si boifren mula cakap " laaa, habis dahh? you mesej dengan sapa ni? buat habis duit i je topupkan you. ntah ntah you mesej dengan orang lain. hmm ok lah, kalau you dah topup you rasa nak mesej i you mesej je, bye " =.="

CEMBURU.
Dulu masa baru declare cemburu jangan cakap la. pantang dengar si awek sebut nama laki mesti nak cemburu, heh. so setiap kali bila nak keluar kena bagitau dia. lalu si boifren pun mula banyak tanya " you keluar dengan sapa?? ada laki tak?? you pakai macam mana?? i bukan apa, i takut sangat you keluar dengan laki lain. i takut kalau laki tu ada hati kat you. i tak nak dia rampas you dari hidup i. you i punya " Tapi, bila dah lama bercinta si awek nak keluar dengan kawan - kawan so si awek pun bagitau lah dekat si boifren. si boifren pesan " ok, keluar la. kirim salam kat kawan you si abu tu ok. bye " tengok, siap boleh kirim salam lagi, heshh =.="

COMPARE DENGAN ORANG LAIN.
Dulu masa baru couple si awek rasa down sangat. dia rasa dia tak sesuai dengan si boifren. Si boifren pun pujuk " sayangg, you pakai apa pun tetap cantik. bagi i you lah perempuan paling cantik dalam dunia. I cuma nak you sorang je. Percayalah cakap i. You memang perfect bagi i " Si awek pun rasa happy sangat dan sejuk hati. Tapi, bila dah lama couple si boifren dah start complain " eyh, you ni kenapa makin gemuk eh? you tengok pompuan tu. badan dia cantik gila. muka pun cun. you ni make up pun tak tau. you tengok pompuan tu pandai make up dah macam artis dah. kalau you macam tu kan bagus " =.="

SMS.
Dulu masa baru bercinta si boifren punyalah tak boleh renggang dengan si awek. SMS 24/7. baru lepas jumpa pun nak texting lagi. Padahal si boifren baru lepas hantar si awek balik. si awek nak masuk rumah pun tak sempat si boifren dah hantar mesej cakap rindu. Lepas tu setiap malam sebelum tidur nak kena berpisah dengan awek 8jam macam tak rela. hantar mesej punyalah panjang lebar sampai 2 3 muka surat padahal nak wish goodnite je pun. si boifren taip " sayang you tidur elok elok tau. jangan lupa basuh kaki, sebelum tidur tengok gambar i. mimpi indah. blablablablablabla i sayang you sorang. i cintakan you sampai mati. mwuah mwuah mwuah " hamek kau. punyalah panjang lebar sms goodnite pon. si awek senyum happy. Tapi, bila dah lama bercinta sebelum tidur si boifren cuma cakap " gudnite. ily bye " punyalah tak ikhlas =.="

INGAT TARIKH-TARIKH YANG BERMAKNA.
Dulu masa baru declare si boifren tak pernah lupa sekali pun tarikh tarikh yang bermakna. " sayang, you ingat tak hari ni hari apa?? tarikh ni la you datang rumah i jumpa parents i. Sayang you ingat tak tarikh hari ini?? tarikh ni kan kita mula mula jumpa masa tu i senyum kat you tapi you jeling kat i, you jual mahal sangat masa tu tauu " tapi itu DULUUUUU. haha sekarang? si awek yang kena remindkan. lepas tu si boifren bagi alasan " alaahhh, tarikh you masuk hospital i datang melawat tu pun nak kena ingat ke? penting ke?? " =.="

AMBIL GAMBAR.
Dulu masa baru lagi couple memang phone memory asyik full je. full dengan gambar si awek dengan si boifren. setiap kali jumpa wajib kena ambil gambar. Walaupun berlatar belakangkan tong sampah pun nak ambil gambar. kata si boifren " untuk kenangan sayangg. sebelum tidur i boleh tengok gambar kita. kalau tak tengok muka you i memang tak boleh tidur " si awek pun sama la tengok gambar sebelum tidur. Tapi sekarang, bila si awek ajak ambil gambar si boifren cakap " ish you ni buat malu je orang tengok. nanti orang cakap kita ni jakun pulak. gambar kita kan dah banyak? nak ambil apa lagi? simpan la handphone you tuu " =.="

CALL.
Dulu masa baru couple gayut kat telefon berjam jam sampai panas telinga, handphone sampai meletup kena tukar handphone baru apa semua. Padahal berjam jam cakap benda yang sama i love you, you love me. sampai tengah berak pun nak call. memang tak bole renggang langsung. si boifren cakap " i tak boleh tidur kalau tak dengar suara you. hidup i tak sempurna bila tak dengar suara you. i tak kesah kredit i habis, hanya untuk you. lagipun kalau kredit habis i boleh je topup lagi. tapi kalau you tinggalkan i, i taktau mana lagi nak cari pengganti. you memang one in a million " hahaa sekarang?? " kenapa you suruh i call ni?? kredit i tak banyak la. you nak cakap dengan i , you je la yang call. nak cakap apa? cakap la cepat . i kena saving ni " amboi amboiiii =.="

KAWAN.
Dulu dulu masa baru declare jadi pakwe/makwe si boifren kenalkan si awek dengan kawan kawan dia. setiap kali lepak dengan kawan kawan dia mesti ajak si awek. katanya " i nak semua kawan kawan i tau you galfren i. i memang serius dengan hubungan kita. i nak semua tau you ni i punya.. " itu duluuuuu. sekarang? bila si boifren nak lepak dengan kawan kawan si awek tanya tak nak bawak dia sekali ke , si boifren jawab " alaa, you nak ikut buat apa? cakap je la you suka kat kawan i kan??? i nak lepak dengan kawan i you jangan la kacau. you ni memang suka sebok kan. bagi la i privacy sikit " =.="

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Andainya Kaum Wanita Tahu


  •  Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah ALL BOYS!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini..
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan! :)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! :)
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi.
  • Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
  • Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! :)
  •  AKU BUKAN SUPERMAN :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat



Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
 
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
 
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
 
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – surah an-Nur ayat 31.




Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Sampaikan Cinta Saya Untuknya



Saya menghormatinya setiap waktu. Saya mengaguminya tanpa rasa ragu. Dia tidak seperti orang lain yang aku tahu. Diri ini tak malu pula selalu menerima nasihat dari dia.

Ia selalu ada sebagai pendorong hidup saya. Tak kira apapun yang berlaku. Walau hatinya terkilan dengan kisah yang berlalu, kecekalannya melayakkan dia mendapat tabik hormat dari saya.
Tidak perlu saya sebut siapa dia. Namanya biarlah rahsia. cukup dia tahu entry kali ini khas untuk dia. Awak, saya tahu awak baca.
 
Cuma saya mampu berdoa seperti awak minta. Tuhan tolong lindungi dia. Tolong makbulkan semua angan dan cita-cita dia. Semoga bahagia untuk selamanya :)
Ya Allah, izinkan aku melindungi, menjaga, memimpin dan mencintai dengan halal.


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Nak Dapatkan Pendapatan Sampingan ?






 InsyaAllah dapat membantu . Saya sudah , anda bila lagi ? Hanya dengan RM50 .






Salam Sejahtera, Anda ingin Menjana Pendapatan berterusan di Internet?

Biz baru yg Gempar!

=>Satu Pendaftaran Aktif RM50 Masuk Ke Kocek Anda
=>Tanpa Orang Tengah. 100% Selamat.
=>Produk Pakej Video Uplr dan Pakej Ebook Perniagaan Internet Lengkap Dan Mantap
=>Terima Sms setiap kali duit masuk Akaun Bank
=>Anda jual anda kaut 100% semua hasilnya!!
=>Perlaburan Serendah RM50 Sahaja Seumur Hidup
=>Mampu Menjana Pendapatan RM100 KE RM1000 Sehari!
=>Web Promosi Percuma
=>100% Komisyen dibayar terus ke Akaun Bank anda
=>Semuanya milik anda seorang!!

 
MENARIK !!!Tengok Segera Disini http://rm50.biz-2u.com/?id=EncikHaris

Klik Link -> http://rm50.biz-2u.com/?id=EncikHaris


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Aurat Ohh Aurat .


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

P/S :
Mana satu yang lebih istimewa?
Hadiah yang dibalut atau yang ditutup?
Pastinya yang ditutup lebih istimewa kan.

Begitu juga penampilan seorang insan bergelar muslimah..
Islam mengajar kita "menutup bukan membalut" kerana kita adalah insan istimewa ciptaan-Nya..


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Bijak Dalam Memilih . InsyaAllah BAHAGIA .


Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta. Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,

Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai. Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.

Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.

Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.

Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.
.
Memilih Untuk Menolak 
Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.

Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.




Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

"Tinggal 12 Perkara, Akan Dapat 12 Perkara.."



Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

KEPADA KAUM HAWA . Renungkanlah .







Bila saja aku muslimah yang takut Pada Allah, aku akan menjaga diri dari dosa.

Bila saja aku muslimah yang taat, maka aku akan lebih menjaga pandangan, kata dan perilaku dari membuat fitnah untuk para lelaki dan atau bagi diriku sendiri.

Bila saja aku muslimah yang menjaga harga diri, akan aku jadikan malu sebagai perhiasan jiwaku, akan ku kemas tubuhku sedemikian rapi dalam balutan pakaian takwa, bukan menjadi aurat terbuka di jalan jalan.

Bila saja aku muslimah yang takwa, aku akan mentaati suamiku, aku akan berada dirumahnya, menjaga diri dan kehormatanku untuknya, melayani semua kemahuannya dan membahagiakannya.

Bila saja aku muslimah yang cerdas, aku akan mengatasi kegundahan suamiku dengan cara yang cantik dan menggantikannya dengan senyum, tanpa harus berbalik memaki- makinya.

Bila saja aku muslimah yang bersyukur, aku akan belajar menerima atas apapun pemberian suamiku tanpa sempat berpikir untuk mengherdiknya.

Bila saja aku muslimah yang bertaubat, aku akan selalu menghiasi hari-hariku dengan zikir dan permohonan ampun kepada Allah..

Sudahlah! Cukup! Tak perlu berandai andai lagi, aku akan hanya melakukan taubatku sekarang, selama masih ada nafas, selama masih ada waktu, walau aku tahu semua sudah hampir terlambat, tapi aku harus bertaubat.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku, dan menjadikan aku muslimah yang taat, disisa akhir hidupku. Amin..




Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA.



KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAM
BIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DEN...GAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENELEFONNYA PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATU HARI........

KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL!


KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.


JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.♥

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment