Sahabat sifatnya mengubat, bukan meracun.

Sahabat sifatnya mengubat, bukan meracun.
 

Bagaimana mengubat? Bila sahabat itu ditimpa musibah, dia berkata ‘sabarlah, ini semua dugaan’. bila sahabat itu dikecewakan, dia berkata ‘jangan sedih, ada yang lebih baik untuk awak’. Bila sahabat itu tidak dapat apa yang diingini, dia berkata ‘Tuhan dah tetapkan rezeki masing-masing. Jangan sangka buruk dengan Allah. Rezeki awak inshaAllah akan tiba jugak nanti’.

Bagaiman pula meracun? Bila sahabat itu ditimpa musibah, dia berkata ‘tu la, aku dah cakap dah! kau taknak dengar. Padan muka!’. Bila sahabat itu dikecewakan, dia berkata ‘hah memang dia tu tak guna. Kau pun sama je. Dah tau perangai dia macam tu, sibuk terhegeh-hegeh kejar dia kenapa? Memang sesuai la dengan kau’. Bila sahabat itu tidak dapat apa yang diingini, dia berkata ‘alah, Sedarlah diri tu sikit. Dah la usaha tak banyak, nak dapat yang bagus-bagus je’.

Kita di tahap mana? jawab dalam hati.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

S A H A B A T.

Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas di muka bumi Allah S.W.T ni, aku berjaya memiliki beberapa 'sahabat', kepada merekalah aku meluahkan segala-galanya samada perkara buruk atau baik, untuk menggantikan posisi keluarga aku yang selalu jauh daripada aku, disebabkan aku selalu belajar kat tempat yang jauh.
 
Hakikatnya, aku boleh hidup berbulan-bulan tanpa 'kawan', namun hidup aku tak ceria tanpa 'sahabat'. Bila aku serabut dengan masalah, ataupun terserempak dalam perkara-perkara yang buatkan aku happy gila, otak aku hanya memikirkan, 'sahabat'.
 
Namun persoalannya, macam mana kalau 'sahabat' kita melakukan sesuatu perkara yang menyedihkan kita, atau memilih sesuatu keputusan, atau boleh dikatakan, bagaimana kalau 'sahabat' yang kita sayang ni, memilih lorong kegelapan?
 
Maksud aku ialah, bagaimana kalau 'sahabat' kita memilih untuk melakukan DOSA, dan setiap kata-kata dan teguran kita, tak mampu untuk menghalang 'sahabat' kita untuk tak teruskan perjalannya ke lorong noda DOSA tersebut?
 
Rasululluh S.A.W bersabda : Daripada Abu Said al Khudri R.A katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka cegahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman."
Riwayat Muslim
 
Sebagai seorang 'sahabat', bila kita tahu, atau baru tahu yang 'sahabat' yang kita sayang ni telah memilih untuk berjalan di lorong DOSA, maka kita sebagai 'sahabat' kita kena berperanan untuk selamatkan 'sahabat' kita ni, takkan kita tegar biarkan orang yang kita sayang, terjerumus dalam lembah NERAKA, kan?
 
Aku tak mahu memberi contoh apakah DOSA yang aku maksudkan kat sini, sebab aku nak kita semua fikir, apakah yang termasuk dalam DOSA, sama-sama kita fikir, dan tinggalkan.
 
Rasulullah S.A.W berikan kita tiga guideline dalam nak tegur 'sahabat' kita yang dah mula atau semakin laju melalui lorong kegelapan ni, iaitu dengan tangan (kuasa), lidah (tegur) dan hati (doakan dia dan kita, serta benci). 
 
Seandainya kita mampu tegur 'sahabat' kita dengan kuasa kita, maksud aku bukan superpower ke apa, maksud aku kalau kita mampu cegah dan halang 'sahabat' kita tu dengan melakukan sesuatu yang bersifat suatu tindakan yang berani, so kita buatlah.
 
Namun aku tahu, tak ramai yang mampu melakukannya, termasuklah aku yang hina ni. Namun aku yakin, sebagai seorang 'sahabat', semestinya kita mampu menegur perbuatan 'sahabat' kita ni, or kita nasihati 'sahabat' kita dengan berikan contoh-contoh, hujah akal, cerita dan pelbagai lagi, yang datang dari mulut dan lidah kita.
 
Namun, bukan semua orang, apatah lagi 'sahabat', mampu kita halang dia dari terus melangkah ke lorong kegelapan yang dia sendiri pilih, kan?
 
Tapi yang penting, usaha kita. Bukan hasil. Yang penting kita dah berusaha dengan bersungguh, nasihat dia hari-hari, setiap masa, dengan sms, dengan Facebook, Twitter, dengan hantar wechat, bermacam-macam cara dah kita buat, namun 'sahabat' kita masih lagi tetap kakinya dalam lorong kegelapan tu, masa tu lah dah tak ada cara lain, melainkan... 
 
 
"Berdoa supaya Allah S.W.T bukakan pintu hati 'sahabat' kita untuk melangkah kembali ke lorong yang dilimpahi cahaya dan keberkatan-Nya, dan semoga 'sahabat' kita tahan dalam UJIAN ini, dan semoga Allah S.W.T selamatkan 'sahabat' kita daripada mati dalam keadaan berDOSA, dan supaya kita diselamatkan Allah S.W.T daripada diuji dengan UJIAN 'sahabat' kita tadi" 
 
 
Allah S.W.T berfirman : Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

Surah Al An'am : 125
 
Sebab, Hidayah itu kan milik Allah S.W.T. Masa nilah, kita hanya mampu berdoa, di samping kalau kita mampu, berterusanlah dengan memberikan teguran, contoh, hujah, nasihat dan sebagainya kat 'sahabat' kita tu. Di samping tu, janganlah kita lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
 
Kita sayangkan 'sahabat' kita, dan kita dikatakan sangat sayang kepada 'sahabat' kita dengan tak rela melihat 'sahabat' kita memilih jalan DOSA kegelapan, kan?
 
Namun, andai suatu hari, Allah S.W.T menguji persahabatan kita, dan teguran dah tak berkesan lagi, malah boleh membawa kepada perpecahan, kesedihan ke?
 
Masa tulah, kita hanya ada Allah S.W.T, dan selagi kedua-dua tangan ni mampu untuk menadah tangan, maka berdoalah kepada-Nya.
 
Ingat, yang penting USAHA, bukan HASIL!

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Saat kita diuji, bangkitlah! Enough is enough.

Maka, siapa lagi role model yang kita perlu contohi saat kita diuji ini?

Ya, sila tepuk dada dan tanya iman sekarang.

Setiap ujian yang datang dalam hidup kita ini adalah nikmat.

Percayalah, saat kita memandang ujian itu sebagai nikmat, kita akan berlapang dada mengharungi setiap ‘titipan cinta’ itu dari Dia.

Bukankah saat kita diuji itu kita akan semakin hampir dengan Dia. Maka, apa lagi yang lebih indah dari itu saat kita berkasih dengan Si Pencinta yang abadi?

Maka, bangkitlah dari ujian yang dihadapi. Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Semuanya kita akan dapat balasan di akhirat sana.

Ingat akan sesuatu.. Saat kita melakukan pertimbangan dalam setiap ujian yang kita hadapi. Kita menimbangi atas neraca apa. Manusia atau Allah?

Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuaNya, Maka damailah hati. Kerana Dia lah yang menghendaki siapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya.

Senyumlah wahai hati kesayangan Allah. Kerana SYURGA itu MAHAL. Dan hanya layak bagi mereka yang SABAR.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

JANGAN CARI MASALAH!

Hakikatnya, kita tak berapa tabah untuk hadapi masalah. Cuba kita ingat balik, berapa kali kita menangis sebab ada masalah? Tapi dengan mengingati Allah tu ada, insyaAllah kita akan jadi kuat.

Allah cipta masalah, dugaan, cubaan, halangan, sebab Dia nak kita menjadi lebih superb, mantap, dan menghargai kehidupan. Bila ada masalah, kita akan belajar daripada kesilapan kita, secara tak langsung kita menjadi lebih sempurna. Memang kita tak sempurna, dan dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi dengan MASALAH lah, kita ke arah KESEMPURNAAN, InsyaAllah.

Jangan risau, sebab dalam dunia ni semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Macam addmath, susah macam mana pun, mesti ada jalannya. Tinggal kita je nak cari jawapan.

Masalah memang akan berlaku tapi kita boleh elak. Seriously, tak tipu. Caranya senang untuk dikongsi, hakikatnya aku sendiri pun terbabas.
Caranya :

'PIKIR DULU SEBELUM BUAT DAN CAKAP!'

Atau, lagi senang kalau nak cakap,

'JANGAN CARI MASALAH!'

Kadang-kadang, masalah tak datang kepada kita, tapi kita yang datang kepada masalah. Ada beberapa perkara yang kita kena ambil tahu pasal masalah :

(1) Jangan lari daripada masalah, overcome it dengan berani dan sabar.
(2) Cari jalan penyelesaian, tenangkan fikiran, mintak bantuan orang.
(3) Berdoalah kalau punya agama, ia lebih baik.
(4) ENJOY YOUR LIFE!

Kita akan bahagia, kalau kita dapat menerima fakta yang "SETIAP ORANG ADA MASALAHNYA SENDIRI DAN MASALAHNYA ITU TELAH DITAKDIRKAN UNTUK DITAKDIRKAN KEPADANYA, DALAM KEADAAN MASALAH ITU DIA BOLEH SELESAIKANNYA".



Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Salah ke bercinta ?

Persoalannya lagi, salahkah bercinta? Sebab 'CINTA' inilah yang menyumbang kepada maksiat-maksiat. Kalau mereka ni tak bercinta, mesti tak berlaku semua perkara ni, kan?

Tapi, aku tahu, majoriti akan berkata, "Bukan semua la macam tu."

Ya, aku tahu. Dengan 'CINTA' lah berapa ramai orang-orang hebat lahir kat dunia ni, kat Malaysia nie. Dengan 'CINTA' lah lahirnya ulama-ulama yang hebat, pemimpin-pemimpin yang agung, dengan 'CINTA' lahirnya cikgu dan guru yang dah ajar kita ilmu.

Juga dengan 'CINTA' lah lahirnya ibu bapa kita.

Dan, dengan 'CINTA' ibu bapa kitalah, lahirnya aku, kau dan dia, kan?

So, do you get the point? Masih lagi tak tahu jawapan aku?  
 Oh, berat nanang la mung ni wei.

Bagi aku, salah tak salah ke bercinta ni, hanya si pencinta sahaja yang menentukannya. Seandainya kalau bercinta tu membawa kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T, maka mestilah boleh, malah tersangat boleh, kan?

Kalau dengan 'CINTA' tulah, membuatkan kita berubah dari baik ke buruk, makin dekat dengan agama, kerja jadi kuat, malas dah kurang, pakaian makin kemas, muka makin hensem, maka secara logiknya pun, sudah tentulah 'CINTA' cara itu dibolehkan, tersangat boleh dan perlulah bercinta, kalau dah jodoh kahwin cepat-cepat.

Dah 'CINTA' tu, Allah S.W.T cipta, mestilah diciptakan 'CINTA' tu untuk tujuan yang baik kan? 

Namun, jangan kita lupa, kalau 'CINTA' tu membuatkan kita jadi semakin jauh daripada agama, semakin lalai dengan dunia, abaikan pelajaran, derhaka kepada ibu bapa pulak, dah tu buat maksiat pula kepada Allah S.W.T, conteng arang kat ibu bapa, negara, bangsa dan agama, maka sudah terang lagi bersuluh, 'CINTA' cara itu dilarang, dibenci Allah S.W.T dan Rasul, dan hukumnya jelaslah HARAM.

Walaupun 'CINTA' itu diciptakan oleh Allah S.W.T untuk tujuan yang murni, namun manusia boleh menyalah gunakan 'CINTA' itu, dengan sesuatu yang jelas boleh buat Allah S.W.T murka dengan golongan sebegini. 

Oh, sesungguhnya azab neraka Allah S.W.T tu tersangat panas, takutnya aku yang dah banyak salahkan gunakan 'CINTA'.

Bercinta tak bersalah, hanya orang yang bercinta tu je tahu samada 'CINTA' dia tu diredhai, atau dilaknat Allah S.W.T. Tepuk dada tanya iman.

Sesungguhnya bercinta merupakan suatu perkara yang tersangat indah di dunia, namun ia tetap tidak menjamin sesuatu atau hasil yang indah.

Kesimpulannya, tak bersalah kalau nak bercinta. Namun ukurlah perjalanan 'CINTA' itu, samada penuh dengan bunga-bunga Pahala, ataupun penuh dengan noda-noda Dosa.

Siapa mahu bahagia? Bahagialah dengan 'CINTA' yang diredhai oleh Allah S.W.T, yang dicapai dengan cara yang diredhai-Nya, dan mampu menghasilkan sesuatu dan ending yang diredhai-Nya.
Firman Allah S.W.T :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 

(Surah An Nisa’ :1)

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

(Surah An Nur : 26)

  Tepuk dada tanya iman.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Jangan rasa diri kita hebat, sebab siapalah manusia tanpa KAWAN?

Hakikat berkawan : 10 perbuatan kita yang membuatkan kawan kita TIBA-TIBA menjauhkan diri

Apa yang bermain dalam mindaku, ialah mengenai, sepanjang aku 19 tahun hidup di bumi Allah S.W.T ni, mungkin aku dah berjumpa dengan tersangat ramai manusia. Samada manusia tu lelaki, perempuan, kanak-kanak, mak cik orang, pengetua dan lain-lain manusia yang malas aku sebutkan.

Dalam tidak terkira banyaknya manusia yang aku jumpa tu, ada dalam 0.01% je yang menjadi kawan aku. Iaitu kengkawan tadika yang memang aku tak pernah terjumpa lagi kat mana-mana, add fesbuk pon tak pernah. Juga kengkawan sekolah rendah aku yang pon sama gak, ntah-ntah ingat lagi tak aku.

Juga kawan aku, kawan sekelas time sekolah menengah, yang majoritinya masih mengenali aku, masih add aku di fesbuk, cuma kalau chat tu, agaklah jarang. Tidak ketinggalan, kawan-kawan aku di PLKN, ada beberapa kerat je yang masih lagi chat dengan aku.

0.01% tu telah termasuk dengan kawan secourse aku, kawan yang bukan course aku, blah blah blah. Haha.

Namun, dalam 0.01% tu tadi, hanya ada beberapa manusia sahaja, yang betul-betul menjadi kawan aku. Kawan yang sangat baik. Sentiasa ada tatkala aku serabut, tatkala aku banyak sangat masalah, tatkala mata aku kabur disebabkan perihal manusia yang pelbagai, tatkala tu ini.

Dapat tak apa yang aku nak sampaikan?
"Berapa ramai dari kalangan mereka yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KAWAN?"

Sepanjang 19 tahun aku hidup, aku dah banyak MAKAN HATI dengan perangai kengkawan. Aku dah banyak TERKILAN dengan perangai kengkawan. Aku dah banyak sangat BERALAH dengan kengkawan.

Aku yakin, ramai yang macam tu?

Terlalu banyak episod yang membuatkan aku boleh menangis, kalau aku teringat camana hati aku begitu tersiat-siat dek perihal manusia yang berlainan. Haha, meskipon tersangat pahit, namun aku sentiasa ambil pengajaran.

Perkara yang paling menyakitkan, apabila aku ditikam dari belakang oleh kawan yang aku macam kawan dunia akhirat. Aduhai, sakitnya teramat sangat.

Namun, perkara ini mematangkan aku, aku menjadi terbiasa apabila berhadapan dengan situasi ni bila-bila masa pon, walau kat mana aku berpijak. Sebab aku sedar banyak perkara, bahawa :

(1) KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.

(2) KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.

(3) Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.

(4) Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.

AKU TIDAK MENGATAKAN DI DALAM POST INI BAHAWA AKU ADALAH SEORANG KAWAN YANG TERBAIK, SEKIAN

Aku cuba mengamalkan dalam hidup aku, untuk menjadi seorang KAWAN yang begitu menghargai KAWAN. .

Aku dah banyak dikecewakan oleh kawan-kawan yang dekat dengan aku, mungkin disebabkan dengan aku sudah lama banyak beralah dengan mereka, sebab aku sayangkan persahabatan aku, namun disebabkan aku lebih terluka dalam menjaga persahabatan aku, maka aku berundur. Kerana aku tidak mampu untuk terus kuat dalam kekecewaan berkawan.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah S.W.T, sebab walaupun aku banyak dikecewakan, banyak dikilankan, banyak terasa hati, namun aku berjaya menjumpai KAWAN-KAWAN yang membuatkan aku kuat.

Setiap hari, aku cuba bermuhasabah diri, tengok aku ni banyak buat orang suka aku, atau sebaliknya. Aku paham, bukan semua orang karakternya sama dengan kita, namun aku bukan mencari kawan yang sama perangai.

Namun aku mencari KAWAN, yang buat aku selamanya tenang. Macam Saidina Abu Bakar R.A yang selalu ada di sisi Rasulullah S.A.W.

Walaupun KAWAN aku taklah mungkin sanggup biarkan kaki dia digigit ular seperti Saidina Abu Bakar R.A (rujuk sirah ketika hijrah Rasulullah S.A.W), namun aku hanya memerlukan seorang KAWAN yang :

"MENGHARGAI AKU SEADANYA, DAN LAYAN AKU MACAM KAWAN."

Aku sentiasa cuba untuk mengamalkan, bahawa kalau kita nak dihargai, maka kita hargailah orang lain. Namun, bukan selama-lamanya kita harus beralah dalam persahabatan. Walaupun mungkin teori aku ni tak dipersetujui, namun aku berpendapat, lagi elok kita jaga perasaan kita sendiri, daripada jaga perasaan orang lain, apatah lagi kalau kita lebih banyak rasa pahitnya hempedu, daripada manisnya madu kan?

So, aku nak menyenarai 10 perkara besar, yang membuatkan KAWAN kita, terasa hati, terkilan, tersangat kecewa dengan kita, iaitu apabila :

(1) Kita selalu nak MENANG setiap kali kalau berbeza pendapat. Mula-mula memang KAWAN tu boleh sabar, tapi bila dah selalu kita je yang betul, maka saat tu berhati-hatilah, KAWAN tu mula akan berjauhan.

(2) Kita terasa hati dengan KAWAN kita, namun KAWAN kita tahu bukan dari mulut kita, tapi dari mulut orang lain. Dah nama pun kawan, so kenapa tak terus terang je dengan KAWAN tu yang KAWAN tu buat salah. Mungkin sebab kita tak nak KAWAN tu kecik hati, tapi kenapa pulak kita cerita ketidakpuasanhatian kita tu kat orang lain? Yang menjadi bala kat sini, bila orang lain tu yang cerita dengan KAWAN tu yang kita tak puas hati dekat KAWAN tu. Maka saat itu, KAWAN tu akan sangat kecewa, sebab tak berterus terang dengan dia.

(3) Kita buat seolah-olah KAWAN kita tu tak wujud di depan mata kita. KAWAN tu rasa macam loser gila, padahal selalu lepak sama-sama?  Waktu tu, rasa loser yang amat menyebabkan KAWAN kita tu mula benci kat kita.

(4) Bila 2 orang kawan kau yang sama lepak-lepak, kat depan kita, kita melebihkan kawan yang seorang lagi daripada KAWAN kita yang seorang lagi. Memanglah, tak salah, sebab kita ada kawan rapat. Tapi kalau dah sama-sama rapat, tiba-tiba kita lebihkan yang seorang lagi, mestilah KAWAN kau tu rasa TAK DIHARGAI. Masa tu, jaga-jagalah, KAWAN kita tu dah nak berpisah dari persahabatan kita.

(5) Bila KAWAN tu sudah puas beralah dengan kita, sanggup ikut kepala kita, tapi kita tak pernah nak beralah dengan KAWAN tu. Kalau camni, mana-mana orang pun tak tahan.

(6) Bila KAWAN kita cerita masalah dekat kita, kita ambil mudah je. Memanglah kita tak boleh selesaikan masalah dia, namun sekurang-kurangnya, jadilah pendengar yang baik, bukan buat bodoh je. Sebab itu tanda KAWAN tu percaya dekat kita.

(7) Bila kita buat seolah-olah kita je yang terbaik, dari mana-mana segi pon, KAWAN tu akan terasa sangat. Sebab KAWAN tu akn rasa rendah diri, dah kita je yang terbaik?

(8) Bila gurauan kita tersangat pedih. Meskipun kita dah lama kenal dengan KAWAN tu, tapi jangan buat lawak-lawak yang menyentuh peribadi dia. Mungkin KAWAN tu gelak, sebenarnya dia sangat terasa.

(9) Bila kita buat KAWAN kita sebagai ALAT. Time ada kerja baru nak cari KAWAN kita, time-time lain tak ada pun nak layan KAWAN tu. Mungkin mula-mula KAWAN kita tu buat biasa je, tapi bila kita rapat dengan dia disebabkan KAWAN kita tu ALAT yang berguna, masa tu KAWAN kita akan sedar hakikat, bahawa dia seorang ALAT, bukan KAWAN.

Dan, KAWAN kita akan mula menjauhkan diri daripada kita, bila kita,

(10) TAK HARGAI KAWAN.

Walaupun hanya 10, namun itu sudah cukup menyakitkan hati seseorang, apatah lagi dia rapat dengan kita, selalu ke mana-mana, tapi kita mula buat dia begitu. Mestilah dia rasa terkilan, terasa hati.
Sepatutnya, bila kita rapat dengan dia, maka kita kena lebih jaga persahabatan dengan lebih elok. Mungkin dia KAWAN kita yang terbaik, tapi kita dah sia-siakan dia?

Bila KAWAN kita selalu beralah dengan kita, maka itu tanda KAWAN kita tu sayangkan persahabatan, sebab dia boleh je nak tegakkan pendirian dia, namun disebabkan ia lebih membawa kepada pergaduhan, so dia rela kalah, rela nampak loser di depan mata kita, padahal kita tak sedar hakikat ni.

Sekarang ni susah nak jumpa KAWAN yang betul-betul HARGAI kita, jadi bila kita dah jumpa, jagalah dengan baik-baik.

Bila kita ada seorang KAWAN yang dulu memang rapat gila dengan kita, ke kelas sama-sama, tidur bilik sama, cerita sama-sama, makan sama-sama, DAN KAWAN kita tu sekarang mula jauhkan diri dengan kita, itu disebabkan kita banyak buat dia terkilan, terasa hati, kecik hati, makan dalam.

Maka kita pun jangan buat-buat BODOH, atau jadi BODOH, atau EGO sangat, PERGILAH cari KAWAN kita tu, dan mintak maaflah dengan bersungguh-sungguh. Kalau kita sedar kita bersalah.
Kita hanya mengeruhkan hati KAWAN yang dah tersangat keruh dengan perangai kita.

Tak boleh ke jadi matang?

Hargailah semua KAWAN kita. Memang semua manusia akan berubah, namun janganlah dengan perubahan kita tu menyakitkan hati KAWAN kita. Jika salah, belajarlah mintak maaf secara bersemuka.

Hidup kita kena sentiasa menghargai KAWAN kita, sebab mati kita nie BUTA, mungkin KAWAN kita yang sungguh kita sayang tulah yang akan kecewakan kita, macam story aku?

Hakikatnya, dengan KEMAAFAN YANG TULUS, mungkin boleh jernihkan keadaan. Bila kita angkat EGO kita terlalu tinggi, apa? KAWAN kita tu pun tak ada EGO ke?

Jangan rasa diri kita hebat, sebab siapalah manusia tanpa KAWAN?

Bila suatu hari nanti diri kita pula yang menjadi MANGSA, masa tu baru kita tahu, bagaimana perasaan KAWAN kita yang dah kita kecewakan tu.

Kalau ada KAWAN yang mula menjauhkan diri dari kita, maka TURUNKAN EGO , dan sambungkanlah tali UKHUWAH yang dah nak tercabut.
Sebab andai tercabut, maka kita akan menyesal.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Menjaga Cinta Jarak Jauh!

longdistance-isne

Hubungan jarak jauh nie memang memeritkan & banyak cabarannya. Walaupun ramai yang tidak sanggup berjauhan, namun mungkin ada sebab tertentu mengapa awak, awak, awak & awak dengan si dia perlu berjauhan. Cinta jarak jauh amat sukar kalau kita tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.

Banyak dugaan yang kita sendiri kena tempuhi dan tak mustahil jugak tu salah satu sebab orang putus cinta, curang dan sebagainya. Macam mana nak jaga ? hmmmmm.

Percaya
Yaa, kena percaya antara satu sama lain. Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Betul tak ? Bila teringat, mesti timbul bibit curiga dan mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Tanam sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ianya sangat penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain. InsyaAllah.

Selalu berhubung

tipscintajarakjauh

Zaman sekarang  nie bukan macam zaman dulu, kalau nak berhubung kena pakai burung merpati, letak surat kat kaki dia, then terbang, kemudian burung itu terlanggar kapal terbang dan terjatuh mati dan surat itu tidak sampai lantas then hubungan awak berdua terputus. Sekarang zaman sudah maju, banyak cara untuk kita berhubung, Facebook, Skype, Twitter, Email, YM dan banyak lagi. Jadi tiada alasan untuk kita terputus hubungan dengan si dia. InsyaAllah.

Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan
Apabila salah seorang daripada anda terpaksa berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu diambil kira perasaan pasangan kita. Kata sepakat adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang biasanya dapat menghindari perpisahan. InsyaAllah.

Buat kejutan untuk si dia

425852_378075432272804_254804495_n

Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat. Pergh ! Romantik gilerr. Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai diri kita kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat bila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan. Ini akan membuatkan awak berdua makin rapat dan bertambah sayang! InsyaAllah.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR





BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment