13 AURAT WANITA : DIPELIHARA atau DIPERTONTONKAN ?



TIGA BELAS AURAT WANITA
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .
 3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
 6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
 12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.  Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Islam Agamaku Selamanya




ISLAM MERUPAKAN PELENGKAP AGAMA SEBELUMNYA
Islam merupakan agama sempurna yang diturunkan oleh Allah SWT melalui nabi-nabi & utusan-Nya . Setiap rasul tersebut menyeru manusia untuk menyembah Allah SWT , sebahagian ajaran tersebut direkodkan dalan suhuf-suhuf & kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT & hanya beberapa rasul sahaja yang dikurniakan kitab iaitu :
1 . Nabi Daud AS -> Kitab Zabur
2 . Nabi Musa As -> Kitab Taurat
3 . Nabi Isa -> Kitab Injil
4 . Muhammad SAW -> Kitab al-Quran

Al-Quran merupakan suhuf-suhuf & kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya . Sebahagian kandungan kitab-kitab tersebut terkandung dalam al-Quran & sebahagian lagi telah dihapuskan kerana bahagian tersebut dikhaskan kepada umat tersebut sahaja . Semua agama tersebut telah disempurnakan dengan ajaran Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW .
Firman Allah SWT yang bermaksud ,
“...Pada hari ini Ku sempurnakan agamamu & telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku & telah Ku redai Islam menjadi agamamu . Maka barang siapa terpaksa melakukan dosa , sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .”
(al-Maidah : 3)

Ayat di atas merupakan pengiktirafan Islam sebagai pegangan hidup manusia yang sempurna . Agama Islam diberikan nama oleh Allah SWT sedangkan agama-agama lain diberikan nama oleh pengikutnya berdasarkan nama tempat diasaskan atau tokoh pengasas agama tersebut . Contoh , Judaism merujuk kepada bangsa Judah atau Yahudi , Hinduisme merujuk kepada nama sungai Indus , Budhisme merujuk kepada nama pengasasnya Sidharta Gautama Buddha .    

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Mengapa Perlu Memilih & Memeluk Islam ?



ISLAM TIDAK MENGAMALKAN SYIRIK 


Syirik adalah menyekutukan atau menyembah selain Allah SWT & dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah SWT .

Allah SWT berfirman yang bermaksud ,


"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik & Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya . Barang siapa menyekutukan Allah SWT , maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar"                                                                              
(an-Nisa' : 48)


"Sesungguhnya Allah tidak tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua) & akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukumNya) & sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua) , maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."
(an-Nisa' : 116)


Hanya Islam yang tidakmensyirikkan Allah SWT sedangkan agama-agama lain mengamalkan syirik dengan menyembah selain Allah SWT & berfirman kepada kuasa selain kuasa Allah SWT .




Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment