Bila kita DAH MATI nanti , boleh kita KAFANKAN & KUBURKAN diri sendiri ?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia :) , topik mula-mula yang nak di update nie pasal media massa HOT sangat pasal budak mati kena LANGGAR kat China tu , gara-gara sikap masyarakat yang JUAL IKAN , bak kata omputih SELFISH laa . Nak tanya la , patutkah sikap cam tu diamalka ? Menurut FAKTA dalam media massa , masyarakat kat sana tak nak ambil peduli sebab TAKUT nak pikul tanggungjawab atas kematian budak tu .  Apa pendapat semua tentang sikap JUAL IKAN nie dalam diri setiap manusia ? Disebabkan sikap pentingkan diri sendiri , hilang nyawa seorang budak .

Eya , memang kadang-kadang sikap JUAL IKAN tu penting untuk diri tapi pernah tak kita terfikir ? Bila mati nanti , yang kita tak dapat nak bergerak  , tak dapa nak bernafas . Mayat kita nanti , boleh kita kuburkan sendiri ? Wow , hebatkan kalau ada yang cakap boleh , haizz . Kita kena ingat orang sekeliling kita  yang akan MANDIKAN , SEMBAHYANGKAN , KAFANKAN & KUBURKAN kita suatu hari nanti .
Oleh sebab tu , bila situasi mendesak macam KEMALANGAN BUDAK MATI KENA LANGGAR tu , janganlah biar . Kita patut BERTANGGUNGJAWAB dengan benda-benda macam tu kalau berlaku depan mata kita . Sekurang-kurangnya kita dapat gak menyelamatkan nyawa orang lain , then dapat ganjaran PAHALA . Mana lah tahu kan , suatu hari nanti  , situasi macam tu jadi dekat kita kan . Benda BAIK , akan dibalas baik . Benda JAHAT akan dibalas jahat . Ingat tu J

Cuba bayangkan , kalau situasi kemalangan tu berlaku DEPAN mata kita , pas tu kita biarkan . Buat derk je , seolah-olah macam tengok kucing dengan anjing bergaduh . Tak ke sedih mangsa kemalangan tu tengok sikap kita yang tak prihatin ? Last-last masuk paper , SEORANG TERKORBAN DALAM SUATU KEMALANGAN , DISEBABKAN SIKAP JUAL IKAN MASYARAKAT YANG KIAN MENJADI-JADI . Lepas tu mula la nak salahkan pihak-pihak lain . Padahal benda tu jadi depan mata kita . Ha , bila kita lak yang jadi mangsa , tahu pulak nak mintak tolong . ‘abg , tolong saya bang . kaki saya patah’ . Err , jangan la jadi macam tu . Kalau tak nak macam tu , kita kena la bukak minda , prihatin dengan keadaan sekeliling kita . Betul tak ?

Satu lagi , kita kena ingat kadang-kadang Allah jadikan sesuatu kemalangan tu depan mata kita sebab Dia nak uji kita , samada kita nak selamatkan seseorang tu ataupun tidak . Jangan disebabkan sikap JUAL IKAN KITA , NYAWA TERUS TERKORBAN  . Harap apa yang disampaikan dapat dijadikan iktibar untuk kita semua . Renungkan yup . Selami jiwa , selami akal J

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

2 comments:

mrs. shakespeare said...

dekat China, contohnya, kes bdk kena langgar tu, kalau org lain langgar, orang lain tolong, orang yang tolong yang kena responsible. charge hospital and kalau mak ayah bdk tu nak saman orang yg tolong tu pun boleh. kalau yang langgar tu pulak. undang2 china, kalau langgar mati , saman murah. kalau langgar hidup lebih mahal. tu lah immoral law. selalunya immoral law ni dia xkisah dengan agama. moral law pulak usually adapt from God's law. so that's mean bila immoral law diguna pakai,jadi lah masyarakat yg mcm adam cakap tu. err. confuse kan? haha.

Adam Haris said...

mrs. shakespeare : betul , tapi kita kena bangga . Rakyat kita tak macam tu . Memang la ada , tapi tak ketara . Yang penting kita kena ingat , kalau kita tolong orang then kita susah , Allah akan balas kesenangan jugak nanti :) . Buat baik dibalas baik , buat jahat , jahat la jawabnya :)

Post a Comment