Salah ke bercinta ?

Persoalannya lagi, salahkah bercinta? Sebab 'CINTA' inilah yang menyumbang kepada maksiat-maksiat. Kalau mereka ni tak bercinta, mesti tak berlaku semua perkara ni, kan?

Tapi, aku tahu, majoriti akan berkata, "Bukan semua la macam tu."

Ya, aku tahu. Dengan 'CINTA' lah berapa ramai orang-orang hebat lahir kat dunia ni, kat Malaysia nie. Dengan 'CINTA' lah lahirnya ulama-ulama yang hebat, pemimpin-pemimpin yang agung, dengan 'CINTA' lahirnya cikgu dan guru yang dah ajar kita ilmu.

Juga dengan 'CINTA' lah lahirnya ibu bapa kita.

Dan, dengan 'CINTA' ibu bapa kitalah, lahirnya aku, kau dan dia, kan?

So, do you get the point? Masih lagi tak tahu jawapan aku?  
 Oh, berat nanang la mung ni wei.

Bagi aku, salah tak salah ke bercinta ni, hanya si pencinta sahaja yang menentukannya. Seandainya kalau bercinta tu membawa kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T, maka mestilah boleh, malah tersangat boleh, kan?

Kalau dengan 'CINTA' tulah, membuatkan kita berubah dari baik ke buruk, makin dekat dengan agama, kerja jadi kuat, malas dah kurang, pakaian makin kemas, muka makin hensem, maka secara logiknya pun, sudah tentulah 'CINTA' cara itu dibolehkan, tersangat boleh dan perlulah bercinta, kalau dah jodoh kahwin cepat-cepat.

Dah 'CINTA' tu, Allah S.W.T cipta, mestilah diciptakan 'CINTA' tu untuk tujuan yang baik kan? 

Namun, jangan kita lupa, kalau 'CINTA' tu membuatkan kita jadi semakin jauh daripada agama, semakin lalai dengan dunia, abaikan pelajaran, derhaka kepada ibu bapa pulak, dah tu buat maksiat pula kepada Allah S.W.T, conteng arang kat ibu bapa, negara, bangsa dan agama, maka sudah terang lagi bersuluh, 'CINTA' cara itu dilarang, dibenci Allah S.W.T dan Rasul, dan hukumnya jelaslah HARAM.

Walaupun 'CINTA' itu diciptakan oleh Allah S.W.T untuk tujuan yang murni, namun manusia boleh menyalah gunakan 'CINTA' itu, dengan sesuatu yang jelas boleh buat Allah S.W.T murka dengan golongan sebegini. 

Oh, sesungguhnya azab neraka Allah S.W.T tu tersangat panas, takutnya aku yang dah banyak salahkan gunakan 'CINTA'.

Bercinta tak bersalah, hanya orang yang bercinta tu je tahu samada 'CINTA' dia tu diredhai, atau dilaknat Allah S.W.T. Tepuk dada tanya iman.

Sesungguhnya bercinta merupakan suatu perkara yang tersangat indah di dunia, namun ia tetap tidak menjamin sesuatu atau hasil yang indah.

Kesimpulannya, tak bersalah kalau nak bercinta. Namun ukurlah perjalanan 'CINTA' itu, samada penuh dengan bunga-bunga Pahala, ataupun penuh dengan noda-noda Dosa.

Siapa mahu bahagia? Bahagialah dengan 'CINTA' yang diredhai oleh Allah S.W.T, yang dicapai dengan cara yang diredhai-Nya, dan mampu menghasilkan sesuatu dan ending yang diredhai-Nya.
Firman Allah S.W.T :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 

(Surah An Nisa’ :1)

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

(Surah An Nur : 26)

  Tepuk dada tanya iman.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

No comments:

Post a Comment