Jangan rasa diri kita hebat, sebab siapalah manusia tanpa KAWAN?

Hakikat berkawan : 10 perbuatan kita yang membuatkan kawan kita TIBA-TIBA menjauhkan diri

Apa yang bermain dalam mindaku, ialah mengenai, sepanjang aku 19 tahun hidup di bumi Allah S.W.T ni, mungkin aku dah berjumpa dengan tersangat ramai manusia. Samada manusia tu lelaki, perempuan, kanak-kanak, mak cik orang, pengetua dan lain-lain manusia yang malas aku sebutkan.

Dalam tidak terkira banyaknya manusia yang aku jumpa tu, ada dalam 0.01% je yang menjadi kawan aku. Iaitu kengkawan tadika yang memang aku tak pernah terjumpa lagi kat mana-mana, add fesbuk pon tak pernah. Juga kengkawan sekolah rendah aku yang pon sama gak, ntah-ntah ingat lagi tak aku.

Juga kawan aku, kawan sekelas time sekolah menengah, yang majoritinya masih mengenali aku, masih add aku di fesbuk, cuma kalau chat tu, agaklah jarang. Tidak ketinggalan, kawan-kawan aku di PLKN, ada beberapa kerat je yang masih lagi chat dengan aku.

0.01% tu telah termasuk dengan kawan secourse aku, kawan yang bukan course aku, blah blah blah. Haha.

Namun, dalam 0.01% tu tadi, hanya ada beberapa manusia sahaja, yang betul-betul menjadi kawan aku. Kawan yang sangat baik. Sentiasa ada tatkala aku serabut, tatkala aku banyak sangat masalah, tatkala mata aku kabur disebabkan perihal manusia yang pelbagai, tatkala tu ini.

Dapat tak apa yang aku nak sampaikan?
"Berapa ramai dari kalangan mereka yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KAWAN?"

Sepanjang 19 tahun aku hidup, aku dah banyak MAKAN HATI dengan perangai kengkawan. Aku dah banyak TERKILAN dengan perangai kengkawan. Aku dah banyak sangat BERALAH dengan kengkawan.

Aku yakin, ramai yang macam tu?

Terlalu banyak episod yang membuatkan aku boleh menangis, kalau aku teringat camana hati aku begitu tersiat-siat dek perihal manusia yang berlainan. Haha, meskipon tersangat pahit, namun aku sentiasa ambil pengajaran.

Perkara yang paling menyakitkan, apabila aku ditikam dari belakang oleh kawan yang aku macam kawan dunia akhirat. Aduhai, sakitnya teramat sangat.

Namun, perkara ini mematangkan aku, aku menjadi terbiasa apabila berhadapan dengan situasi ni bila-bila masa pon, walau kat mana aku berpijak. Sebab aku sedar banyak perkara, bahawa :

(1) KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.

(2) KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.

(3) Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.

(4) Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.

AKU TIDAK MENGATAKAN DI DALAM POST INI BAHAWA AKU ADALAH SEORANG KAWAN YANG TERBAIK, SEKIAN

Aku cuba mengamalkan dalam hidup aku, untuk menjadi seorang KAWAN yang begitu menghargai KAWAN. .

Aku dah banyak dikecewakan oleh kawan-kawan yang dekat dengan aku, mungkin disebabkan dengan aku sudah lama banyak beralah dengan mereka, sebab aku sayangkan persahabatan aku, namun disebabkan aku lebih terluka dalam menjaga persahabatan aku, maka aku berundur. Kerana aku tidak mampu untuk terus kuat dalam kekecewaan berkawan.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah S.W.T, sebab walaupun aku banyak dikecewakan, banyak dikilankan, banyak terasa hati, namun aku berjaya menjumpai KAWAN-KAWAN yang membuatkan aku kuat.

Setiap hari, aku cuba bermuhasabah diri, tengok aku ni banyak buat orang suka aku, atau sebaliknya. Aku paham, bukan semua orang karakternya sama dengan kita, namun aku bukan mencari kawan yang sama perangai.

Namun aku mencari KAWAN, yang buat aku selamanya tenang. Macam Saidina Abu Bakar R.A yang selalu ada di sisi Rasulullah S.A.W.

Walaupun KAWAN aku taklah mungkin sanggup biarkan kaki dia digigit ular seperti Saidina Abu Bakar R.A (rujuk sirah ketika hijrah Rasulullah S.A.W), namun aku hanya memerlukan seorang KAWAN yang :

"MENGHARGAI AKU SEADANYA, DAN LAYAN AKU MACAM KAWAN."

Aku sentiasa cuba untuk mengamalkan, bahawa kalau kita nak dihargai, maka kita hargailah orang lain. Namun, bukan selama-lamanya kita harus beralah dalam persahabatan. Walaupun mungkin teori aku ni tak dipersetujui, namun aku berpendapat, lagi elok kita jaga perasaan kita sendiri, daripada jaga perasaan orang lain, apatah lagi kalau kita lebih banyak rasa pahitnya hempedu, daripada manisnya madu kan?

So, aku nak menyenarai 10 perkara besar, yang membuatkan KAWAN kita, terasa hati, terkilan, tersangat kecewa dengan kita, iaitu apabila :

(1) Kita selalu nak MENANG setiap kali kalau berbeza pendapat. Mula-mula memang KAWAN tu boleh sabar, tapi bila dah selalu kita je yang betul, maka saat tu berhati-hatilah, KAWAN tu mula akan berjauhan.

(2) Kita terasa hati dengan KAWAN kita, namun KAWAN kita tahu bukan dari mulut kita, tapi dari mulut orang lain. Dah nama pun kawan, so kenapa tak terus terang je dengan KAWAN tu yang KAWAN tu buat salah. Mungkin sebab kita tak nak KAWAN tu kecik hati, tapi kenapa pulak kita cerita ketidakpuasanhatian kita tu kat orang lain? Yang menjadi bala kat sini, bila orang lain tu yang cerita dengan KAWAN tu yang kita tak puas hati dekat KAWAN tu. Maka saat itu, KAWAN tu akan sangat kecewa, sebab tak berterus terang dengan dia.

(3) Kita buat seolah-olah KAWAN kita tu tak wujud di depan mata kita. KAWAN tu rasa macam loser gila, padahal selalu lepak sama-sama?  Waktu tu, rasa loser yang amat menyebabkan KAWAN kita tu mula benci kat kita.

(4) Bila 2 orang kawan kau yang sama lepak-lepak, kat depan kita, kita melebihkan kawan yang seorang lagi daripada KAWAN kita yang seorang lagi. Memanglah, tak salah, sebab kita ada kawan rapat. Tapi kalau dah sama-sama rapat, tiba-tiba kita lebihkan yang seorang lagi, mestilah KAWAN kau tu rasa TAK DIHARGAI. Masa tu, jaga-jagalah, KAWAN kita tu dah nak berpisah dari persahabatan kita.

(5) Bila KAWAN tu sudah puas beralah dengan kita, sanggup ikut kepala kita, tapi kita tak pernah nak beralah dengan KAWAN tu. Kalau camni, mana-mana orang pun tak tahan.

(6) Bila KAWAN kita cerita masalah dekat kita, kita ambil mudah je. Memanglah kita tak boleh selesaikan masalah dia, namun sekurang-kurangnya, jadilah pendengar yang baik, bukan buat bodoh je. Sebab itu tanda KAWAN tu percaya dekat kita.

(7) Bila kita buat seolah-olah kita je yang terbaik, dari mana-mana segi pon, KAWAN tu akan terasa sangat. Sebab KAWAN tu akn rasa rendah diri, dah kita je yang terbaik?

(8) Bila gurauan kita tersangat pedih. Meskipun kita dah lama kenal dengan KAWAN tu, tapi jangan buat lawak-lawak yang menyentuh peribadi dia. Mungkin KAWAN tu gelak, sebenarnya dia sangat terasa.

(9) Bila kita buat KAWAN kita sebagai ALAT. Time ada kerja baru nak cari KAWAN kita, time-time lain tak ada pun nak layan KAWAN tu. Mungkin mula-mula KAWAN kita tu buat biasa je, tapi bila kita rapat dengan dia disebabkan KAWAN kita tu ALAT yang berguna, masa tu KAWAN kita akan sedar hakikat, bahawa dia seorang ALAT, bukan KAWAN.

Dan, KAWAN kita akan mula menjauhkan diri daripada kita, bila kita,

(10) TAK HARGAI KAWAN.

Walaupun hanya 10, namun itu sudah cukup menyakitkan hati seseorang, apatah lagi dia rapat dengan kita, selalu ke mana-mana, tapi kita mula buat dia begitu. Mestilah dia rasa terkilan, terasa hati.
Sepatutnya, bila kita rapat dengan dia, maka kita kena lebih jaga persahabatan dengan lebih elok. Mungkin dia KAWAN kita yang terbaik, tapi kita dah sia-siakan dia?

Bila KAWAN kita selalu beralah dengan kita, maka itu tanda KAWAN kita tu sayangkan persahabatan, sebab dia boleh je nak tegakkan pendirian dia, namun disebabkan ia lebih membawa kepada pergaduhan, so dia rela kalah, rela nampak loser di depan mata kita, padahal kita tak sedar hakikat ni.

Sekarang ni susah nak jumpa KAWAN yang betul-betul HARGAI kita, jadi bila kita dah jumpa, jagalah dengan baik-baik.

Bila kita ada seorang KAWAN yang dulu memang rapat gila dengan kita, ke kelas sama-sama, tidur bilik sama, cerita sama-sama, makan sama-sama, DAN KAWAN kita tu sekarang mula jauhkan diri dengan kita, itu disebabkan kita banyak buat dia terkilan, terasa hati, kecik hati, makan dalam.

Maka kita pun jangan buat-buat BODOH, atau jadi BODOH, atau EGO sangat, PERGILAH cari KAWAN kita tu, dan mintak maaflah dengan bersungguh-sungguh. Kalau kita sedar kita bersalah.
Kita hanya mengeruhkan hati KAWAN yang dah tersangat keruh dengan perangai kita.

Tak boleh ke jadi matang?

Hargailah semua KAWAN kita. Memang semua manusia akan berubah, namun janganlah dengan perubahan kita tu menyakitkan hati KAWAN kita. Jika salah, belajarlah mintak maaf secara bersemuka.

Hidup kita kena sentiasa menghargai KAWAN kita, sebab mati kita nie BUTA, mungkin KAWAN kita yang sungguh kita sayang tulah yang akan kecewakan kita, macam story aku?

Hakikatnya, dengan KEMAAFAN YANG TULUS, mungkin boleh jernihkan keadaan. Bila kita angkat EGO kita terlalu tinggi, apa? KAWAN kita tu pun tak ada EGO ke?

Jangan rasa diri kita hebat, sebab siapalah manusia tanpa KAWAN?

Bila suatu hari nanti diri kita pula yang menjadi MANGSA, masa tu baru kita tahu, bagaimana perasaan KAWAN kita yang dah kita kecewakan tu.

Kalau ada KAWAN yang mula menjauhkan diri dari kita, maka TURUNKAN EGO , dan sambungkanlah tali UKHUWAH yang dah nak tercabut.
Sebab andai tercabut, maka kita akan menyesal.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

No comments:

Post a Comment