S A H A B A T.

Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas di muka bumi Allah S.W.T ni, aku berjaya memiliki beberapa 'sahabat', kepada merekalah aku meluahkan segala-galanya samada perkara buruk atau baik, untuk menggantikan posisi keluarga aku yang selalu jauh daripada aku, disebabkan aku selalu belajar kat tempat yang jauh.
 
Hakikatnya, aku boleh hidup berbulan-bulan tanpa 'kawan', namun hidup aku tak ceria tanpa 'sahabat'. Bila aku serabut dengan masalah, ataupun terserempak dalam perkara-perkara yang buatkan aku happy gila, otak aku hanya memikirkan, 'sahabat'.
 
Namun persoalannya, macam mana kalau 'sahabat' kita melakukan sesuatu perkara yang menyedihkan kita, atau memilih sesuatu keputusan, atau boleh dikatakan, bagaimana kalau 'sahabat' yang kita sayang ni, memilih lorong kegelapan?
 
Maksud aku ialah, bagaimana kalau 'sahabat' kita memilih untuk melakukan DOSA, dan setiap kata-kata dan teguran kita, tak mampu untuk menghalang 'sahabat' kita untuk tak teruskan perjalannya ke lorong noda DOSA tersebut?
 
Rasululluh S.A.W bersabda : Daripada Abu Said al Khudri R.A katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka cegahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman."
Riwayat Muslim
 
Sebagai seorang 'sahabat', bila kita tahu, atau baru tahu yang 'sahabat' yang kita sayang ni telah memilih untuk berjalan di lorong DOSA, maka kita sebagai 'sahabat' kita kena berperanan untuk selamatkan 'sahabat' kita ni, takkan kita tegar biarkan orang yang kita sayang, terjerumus dalam lembah NERAKA, kan?
 
Aku tak mahu memberi contoh apakah DOSA yang aku maksudkan kat sini, sebab aku nak kita semua fikir, apakah yang termasuk dalam DOSA, sama-sama kita fikir, dan tinggalkan.
 
Rasulullah S.A.W berikan kita tiga guideline dalam nak tegur 'sahabat' kita yang dah mula atau semakin laju melalui lorong kegelapan ni, iaitu dengan tangan (kuasa), lidah (tegur) dan hati (doakan dia dan kita, serta benci). 
 
Seandainya kita mampu tegur 'sahabat' kita dengan kuasa kita, maksud aku bukan superpower ke apa, maksud aku kalau kita mampu cegah dan halang 'sahabat' kita tu dengan melakukan sesuatu yang bersifat suatu tindakan yang berani, so kita buatlah.
 
Namun aku tahu, tak ramai yang mampu melakukannya, termasuklah aku yang hina ni. Namun aku yakin, sebagai seorang 'sahabat', semestinya kita mampu menegur perbuatan 'sahabat' kita ni, or kita nasihati 'sahabat' kita dengan berikan contoh-contoh, hujah akal, cerita dan pelbagai lagi, yang datang dari mulut dan lidah kita.
 
Namun, bukan semua orang, apatah lagi 'sahabat', mampu kita halang dia dari terus melangkah ke lorong kegelapan yang dia sendiri pilih, kan?
 
Tapi yang penting, usaha kita. Bukan hasil. Yang penting kita dah berusaha dengan bersungguh, nasihat dia hari-hari, setiap masa, dengan sms, dengan Facebook, Twitter, dengan hantar wechat, bermacam-macam cara dah kita buat, namun 'sahabat' kita masih lagi tetap kakinya dalam lorong kegelapan tu, masa tu lah dah tak ada cara lain, melainkan... 
 
 
"Berdoa supaya Allah S.W.T bukakan pintu hati 'sahabat' kita untuk melangkah kembali ke lorong yang dilimpahi cahaya dan keberkatan-Nya, dan semoga 'sahabat' kita tahan dalam UJIAN ini, dan semoga Allah S.W.T selamatkan 'sahabat' kita daripada mati dalam keadaan berDOSA, dan supaya kita diselamatkan Allah S.W.T daripada diuji dengan UJIAN 'sahabat' kita tadi" 
 
 
Allah S.W.T berfirman : Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

Surah Al An'am : 125
 
Sebab, Hidayah itu kan milik Allah S.W.T. Masa nilah, kita hanya mampu berdoa, di samping kalau kita mampu, berterusanlah dengan memberikan teguran, contoh, hujah, nasihat dan sebagainya kat 'sahabat' kita tu. Di samping tu, janganlah kita lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
 
Kita sayangkan 'sahabat' kita, dan kita dikatakan sangat sayang kepada 'sahabat' kita dengan tak rela melihat 'sahabat' kita memilih jalan DOSA kegelapan, kan?
 
Namun, andai suatu hari, Allah S.W.T menguji persahabatan kita, dan teguran dah tak berkesan lagi, malah boleh membawa kepada perpecahan, kesedihan ke?
 
Masa tulah, kita hanya ada Allah S.W.T, dan selagi kedua-dua tangan ni mampu untuk menadah tangan, maka berdoalah kepada-Nya.
 
Ingat, yang penting USAHA, bukan HASIL!

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

No comments:

Post a Comment