Aurat Ohh Aurat .


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

P/S :
Mana satu yang lebih istimewa?
Hadiah yang dibalut atau yang ditutup?
Pastinya yang ditutup lebih istimewa kan.

Begitu juga penampilan seorang insan bergelar muslimah..
Islam mengajar kita "menutup bukan membalut" kerana kita adalah insan istimewa ciptaan-Nya..


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

No comments:

Post a Comment