Andainya Kaum Wanita Tahu
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita,
wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan
kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai
banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh
itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan
perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat
wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di
tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap ‘direct to the
point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan
berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah ALL BOYS!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya
pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka
selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan
bersikap begitu begini..
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui
lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya
hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap
romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang
teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan! :)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan
wanita itu menyedari.. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.
Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! :)
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati
seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tau lelaki itu
juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak
berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata
perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari
perempuan yang dikasihi.
- Sebab itu dikatakan air mata senjata
perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya
atau pandangan luarannya.
- Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! :)
- AKU BUKAN SUPERMAN :)
Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment
No comments:
Post a Comment