Islam Agamaku Selamanya




ISLAM MERUPAKAN PELENGKAP AGAMA SEBELUMNYA
Islam merupakan agama sempurna yang diturunkan oleh Allah SWT melalui nabi-nabi & utusan-Nya . Setiap rasul tersebut menyeru manusia untuk menyembah Allah SWT , sebahagian ajaran tersebut direkodkan dalan suhuf-suhuf & kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT & hanya beberapa rasul sahaja yang dikurniakan kitab iaitu :
1 . Nabi Daud AS -> Kitab Zabur
2 . Nabi Musa As -> Kitab Taurat
3 . Nabi Isa -> Kitab Injil
4 . Muhammad SAW -> Kitab al-Quran

Al-Quran merupakan suhuf-suhuf & kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya . Sebahagian kandungan kitab-kitab tersebut terkandung dalam al-Quran & sebahagian lagi telah dihapuskan kerana bahagian tersebut dikhaskan kepada umat tersebut sahaja . Semua agama tersebut telah disempurnakan dengan ajaran Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW .
Firman Allah SWT yang bermaksud ,
“...Pada hari ini Ku sempurnakan agamamu & telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku & telah Ku redai Islam menjadi agamamu . Maka barang siapa terpaksa melakukan dosa , sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .”
(al-Maidah : 3)

Ayat di atas merupakan pengiktirafan Islam sebagai pegangan hidup manusia yang sempurna . Agama Islam diberikan nama oleh Allah SWT sedangkan agama-agama lain diberikan nama oleh pengikutnya berdasarkan nama tempat diasaskan atau tokoh pengasas agama tersebut . Contoh , Judaism merujuk kepada bangsa Judah atau Yahudi , Hinduisme merujuk kepada nama sungai Indus , Budhisme merujuk kepada nama pengasasnya Sidharta Gautama Buddha .    

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

No comments:

Post a Comment