Menjaga Cinta Jarak Jauh!

longdistance-isne

Hubungan jarak jauh nie memang memeritkan & banyak cabarannya. Walaupun ramai yang tidak sanggup berjauhan, namun mungkin ada sebab tertentu mengapa awak, awak, awak & awak dengan si dia perlu berjauhan. Cinta jarak jauh amat sukar kalau kita tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.

Banyak dugaan yang kita sendiri kena tempuhi dan tak mustahil jugak tu salah satu sebab orang putus cinta, curang dan sebagainya. Macam mana nak jaga ? hmmmmm.

Percaya
Yaa, kena percaya antara satu sama lain. Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Betul tak ? Bila teringat, mesti timbul bibit curiga dan mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Tanam sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ianya sangat penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain. InsyaAllah.

Selalu berhubung

tipscintajarakjauh

Zaman sekarang  nie bukan macam zaman dulu, kalau nak berhubung kena pakai burung merpati, letak surat kat kaki dia, then terbang, kemudian burung itu terlanggar kapal terbang dan terjatuh mati dan surat itu tidak sampai lantas then hubungan awak berdua terputus. Sekarang zaman sudah maju, banyak cara untuk kita berhubung, Facebook, Skype, Twitter, Email, YM dan banyak lagi. Jadi tiada alasan untuk kita terputus hubungan dengan si dia. InsyaAllah.

Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan
Apabila salah seorang daripada anda terpaksa berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu diambil kira perasaan pasangan kita. Kata sepakat adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang biasanya dapat menghindari perpisahan. InsyaAllah.

Buat kejutan untuk si dia

425852_378075432272804_254804495_n

Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat. Pergh ! Romantik gilerr. Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai diri kita kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat bila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan. Ini akan membuatkan awak berdua makin rapat dan bertambah sayang! InsyaAllah.

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR





BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Dulu lain, Sekarang lain.








Dulu lain sekarang lain?? Apa yang lain???

Manusia Manusia mudah berubah. Yang jahat boleh jadi baik dan yang baik boleh jadi jahat. Ok la Ok la, straight to the point jangan buang masa. Sebenarnya topic yang aku nak bincangkan ni pasal perangai LELAKI zaman sekarang. Opss, laki-laki baik tak payah baca hahaha

Perubahan ketara yang kita boleh nampak pada lelaki ni
semasa dia nak tackle si perempuan dan setelah dia dah dapat tackle si perempuan. Apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman diri sendiri dan pengalaman kawan kawan aku. No fitnah fitnah ok haha. Contoh :

PAKAIAN.
Dulu masa baru declare jadik pakwe/makwe bukan main lagi pakai smart smart. rambut letak gel sampai kilat lepas tu buat la fesyen macam macam semata - mata nak tarik perhatian si awek. katanya " i taknak la nanti bila orang tengok kita orang kutuk you sebab dapat boifren selekeh macam i ". Tapi, bila dah lama sikit couple diri sendiri dah terabai. dah tak smart macam dulu. keluar dengan awek pun pakai selipar jamban , seluar pendek, baju lusuh siap ada taik lalat apa semua pun dah tak kesah. katanya pulak " alaa, buat apa nak smart smart, i kan dah dapat you. nanti kalau i smart smart perempuan lain ngorat i " =.="

HADIAH / SURPRISE.
Dulu masa baru declare setiap kali jumpa mesti ada hadiah. coklat la, teddy bear la, baju la, bunga la, sekali dengan pasu bunga pun dia bagi. Sampai bilik si awek dah penuh dengan teddy bear, coklat pun sampai dah tarikh luput tak habis habis makan lagi. banyak sangat. bila si awek kata membazir, si boifren jawab " i bagi semua tu ikhlas untuk you. tu tanda i sayang and cintakan you. i tak kisah habis duit untuk you asalkan you bahagia sayang " ceceh, bukan men lagi ayat haha. Tapi, bila dah lama couple si awek pelik kenapa dah tak dapat banyak hadiah macam dulu eh. Si boifren pun jawab " Alah, dulu i bagi you cakap membazir la apa laa. Lagipun kalau i bagi hadiah lagi you nak letak mana pulak kan?? " =.="

TOPUP.
Dulu masa baru declare si awek cakap kredit habis terus si boifren tolong topupkan. tak payah suruh. cakap je kredit habis, automatik tak sampai 5 minit masuklah kredit RM10. si awek cakap susah susah ja, si boifren cakap " i tak boleh hidup kalau tak dapat mesej dengan u. walaupun satu jam,i memang tak sanggup. i rela takda duit dari takda you " Tapi, bila dah lama sikit couple si awek habis kredit. si awek malas nak suruh si boifren topup dan mengharapkan si boifren paham paham sendiri la macam dulu. lalu si awek pun cakap la kredit habis. si boifren mula cakap " laaa, habis dahh? you mesej dengan sapa ni? buat habis duit i je topupkan you. ntah ntah you mesej dengan orang lain. hmm ok lah, kalau you dah topup you rasa nak mesej i you mesej je, bye " =.="

CEMBURU.
Dulu masa baru declare cemburu jangan cakap la. pantang dengar si awek sebut nama laki mesti nak cemburu, heh. so setiap kali bila nak keluar kena bagitau dia. lalu si boifren pun mula banyak tanya " you keluar dengan sapa?? ada laki tak?? you pakai macam mana?? i bukan apa, i takut sangat you keluar dengan laki lain. i takut kalau laki tu ada hati kat you. i tak nak dia rampas you dari hidup i. you i punya " Tapi, bila dah lama bercinta si awek nak keluar dengan kawan - kawan so si awek pun bagitau lah dekat si boifren. si boifren pesan " ok, keluar la. kirim salam kat kawan you si abu tu ok. bye " tengok, siap boleh kirim salam lagi, heshh =.="

COMPARE DENGAN ORANG LAIN.
Dulu masa baru couple si awek rasa down sangat. dia rasa dia tak sesuai dengan si boifren. Si boifren pun pujuk " sayangg, you pakai apa pun tetap cantik. bagi i you lah perempuan paling cantik dalam dunia. I cuma nak you sorang je. Percayalah cakap i. You memang perfect bagi i " Si awek pun rasa happy sangat dan sejuk hati. Tapi, bila dah lama couple si boifren dah start complain " eyh, you ni kenapa makin gemuk eh? you tengok pompuan tu. badan dia cantik gila. muka pun cun. you ni make up pun tak tau. you tengok pompuan tu pandai make up dah macam artis dah. kalau you macam tu kan bagus " =.="

SMS.
Dulu masa baru bercinta si boifren punyalah tak boleh renggang dengan si awek. SMS 24/7. baru lepas jumpa pun nak texting lagi. Padahal si boifren baru lepas hantar si awek balik. si awek nak masuk rumah pun tak sempat si boifren dah hantar mesej cakap rindu. Lepas tu setiap malam sebelum tidur nak kena berpisah dengan awek 8jam macam tak rela. hantar mesej punyalah panjang lebar sampai 2 3 muka surat padahal nak wish goodnite je pun. si boifren taip " sayang you tidur elok elok tau. jangan lupa basuh kaki, sebelum tidur tengok gambar i. mimpi indah. blablablablablabla i sayang you sorang. i cintakan you sampai mati. mwuah mwuah mwuah " hamek kau. punyalah panjang lebar sms goodnite pon. si awek senyum happy. Tapi, bila dah lama bercinta sebelum tidur si boifren cuma cakap " gudnite. ily bye " punyalah tak ikhlas =.="

INGAT TARIKH-TARIKH YANG BERMAKNA.
Dulu masa baru declare si boifren tak pernah lupa sekali pun tarikh tarikh yang bermakna. " sayang, you ingat tak hari ni hari apa?? tarikh ni la you datang rumah i jumpa parents i. Sayang you ingat tak tarikh hari ini?? tarikh ni kan kita mula mula jumpa masa tu i senyum kat you tapi you jeling kat i, you jual mahal sangat masa tu tauu " tapi itu DULUUUUU. haha sekarang? si awek yang kena remindkan. lepas tu si boifren bagi alasan " alaahhh, tarikh you masuk hospital i datang melawat tu pun nak kena ingat ke? penting ke?? " =.="

AMBIL GAMBAR.
Dulu masa baru lagi couple memang phone memory asyik full je. full dengan gambar si awek dengan si boifren. setiap kali jumpa wajib kena ambil gambar. Walaupun berlatar belakangkan tong sampah pun nak ambil gambar. kata si boifren " untuk kenangan sayangg. sebelum tidur i boleh tengok gambar kita. kalau tak tengok muka you i memang tak boleh tidur " si awek pun sama la tengok gambar sebelum tidur. Tapi sekarang, bila si awek ajak ambil gambar si boifren cakap " ish you ni buat malu je orang tengok. nanti orang cakap kita ni jakun pulak. gambar kita kan dah banyak? nak ambil apa lagi? simpan la handphone you tuu " =.="

CALL.
Dulu masa baru couple gayut kat telefon berjam jam sampai panas telinga, handphone sampai meletup kena tukar handphone baru apa semua. Padahal berjam jam cakap benda yang sama i love you, you love me. sampai tengah berak pun nak call. memang tak bole renggang langsung. si boifren cakap " i tak boleh tidur kalau tak dengar suara you. hidup i tak sempurna bila tak dengar suara you. i tak kesah kredit i habis, hanya untuk you. lagipun kalau kredit habis i boleh je topup lagi. tapi kalau you tinggalkan i, i taktau mana lagi nak cari pengganti. you memang one in a million " hahaa sekarang?? " kenapa you suruh i call ni?? kredit i tak banyak la. you nak cakap dengan i , you je la yang call. nak cakap apa? cakap la cepat . i kena saving ni " amboi amboiiii =.="

KAWAN.
Dulu dulu masa baru declare jadi pakwe/makwe si boifren kenalkan si awek dengan kawan kawan dia. setiap kali lepak dengan kawan kawan dia mesti ajak si awek. katanya " i nak semua kawan kawan i tau you galfren i. i memang serius dengan hubungan kita. i nak semua tau you ni i punya.. " itu duluuuuu. sekarang? bila si boifren nak lepak dengan kawan kawan si awek tanya tak nak bawak dia sekali ke , si boifren jawab " alaa, you nak ikut buat apa? cakap je la you suka kat kawan i kan??? i nak lepak dengan kawan i you jangan la kacau. you ni memang suka sebok kan. bagi la i privacy sikit " =.="

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment