Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

Seorang yang bergelar isteri perlu berikan yang terbaik kepada suami mereka. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri. Hari ini admin nak berkongsi tentang Kelebihan-kelebihan seorang isteri. beruntungnya kaum hawa ini :D

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

5 Syarat Dibenarkan Membuat Maksiat

Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu  melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.

 Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil terisak-isak.
Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Kita patut BERSYUKUR bukan BERCUKUR .


Hye all . Sekian lama OWNER tak update blog , so hari nie nak update pasal entri simple ja . Okay , meh renungkan & layan topik nieh . Setiap manusia mesti ada PAHIT & MANIS dalam hidup masing-masing kan . PAHIT & MANIS tu jugak la yang mengajar manusia belajar untuk memperbaiki kehidupan untuk jadi lebih baik .

Perubahan yang ketara bila kita boleh nampak ialah BILA KITA MULA KENAL SESEORANG dalam hidup kita . Tambah-tambah kalau kita mula dah sayang , mula rasa selesa dengan seseorang , mesti kita susah untuk melupakan KENANGAN sepanjang kita bersama seseorang tu . Pergh ! Boleh jadi gilerrr dibuatnya , huhu .

Bila kita dah mula kenal dengan seseorang tu , mesti kita nak ambil tahu semua tentang dia kan ? Yela , mana tak nya , kalau caring sangat pasal kita , rasa macam disayangi kan .

Tapi semua  tu akan berakhir bila kita kecewa & sedih bila seseorang tu mula tinggalkan kita . Kita kena ingat , KLIMAKS yang berakhir dengan kesedihan & kekecewaan tu bukan mengajar kita untuk LEMAH . Bukan kah tu semua yang dapat MEMATANGKAN diri kita ? Allah temukan kita dengan seseorang tu untuk kita belajar sesuatu yang baru DALAM KEHIDUPAN .

Contoh la kan , bila kecewa dalam PERCINTAAN . Apa yang kita rasa ? Dah terang-terang KECEWA tahap beb . So , dalam kecewa tu , kita dah belajar  untuk tidak terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang belum pasti berakhir dengan kegembiraan . Then , sekurang-kurangnya kita belajar untuk MENERIMA , MENYAYANGI seseorang tu .

Kesimpulannya , kita patut bersyukur dengan PAHIT & MANIS kehidupan walaupun PAHIT KEHIDUPAN itu lebih banyak daripada MANISNYA KEHIDUPAN . Sebab semua tu la yang akan mengajar kita untuk jadi lebih kuat untuk liku-liku kehidupan yang seterusnya :)

Sekian ;)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment