NASIHAT benda yang BAIK , orang cakap berlagak ALIM . Apakah alasanya ?



Manusia zaman sekarang , bila ada yang nasihat benda baik , orang cakap BERLAGAK alim/baik . Nie la manusia , nak buat baik salah . Bila buat salah , eh tahu pulak nak marah . Apa kes ?

Words lain yang manusia selalu guna " Eh , ko tu sebelum nasihat orang , cermin la diri tu dulu" . Then , ada gak yang cakap "Ek eleh , dia tu nak nasihat orang . Dia tu lagi teruk la" . Hah , manusia guna macam-macam alasan tuk pesongkan benda yang betul . Rite ? Tu disebabkan tak boleh nak terima teguran atau nasihat pada orang sekeliling . Salah ke nak buat baik ? Sekurang-kurangnya , dalam menasihati nieh , kita dapat memotivasikan diri untuk jadi lebih baik . Betul tak ?

Satu lagi , bila dah cakap orang buat baik berlagak alim . Mula la nak bandingkan dengan benda yang buruk . Contoh la , "Aku sakit hati dengan budak tu . Nak nasihat orang pun pada-pada la . Dia pun bukannya baik sangat" . Perlu ke membandingkan nasihat yang baik tu dengan kekurangan dirinya ? Tak perlu buat macam tu , sekurang-kurangnya seseorang yang nasihat kita tu , buat benda yang baik . Tak salah kan ? Renungkan yup .

Kesimpulannya , terimalah setiap teguran atau nasihat daripada orang sekeliling . Sesungguhnya , itu semua adalah untuk kebaikan masing-masing . Yela , kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada buat salah , so dengan nasihat atau teguran orang sekeliling , kita mampu perbaiki diri sendiri .

Sekian , selamat BERAMAL :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]


Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

CANTIK itu PERFECT ke ? TAK CANTIK macam mana pulak ?




Okay all , kat sini OWNER nak SHARE sikit pasal statement kat atas tu . Manusia zaman sekarang nie TAKSUB sangat dengan kecantikkan FIZIKAL . Bila seseorang tu dah terlalu taksub dengan kecantikkan , maka DOSA & PAHALA diabaikan . Betul tak ? Ye , bila dah cantik , ingat diri tu dah PERFECT sangat la kan . Then , menunjuk sini sana . Apa kes ? Riak kan ? Meh nak explain lak pasal apa kelebihan orang CANTIK dengan orang TAK CANTIK .

Orang yang cantik nie , biasanya memang dah memang cantik dari azali lagi kan . Then , bila dah cantik tapi tak puas lagi dengan kecantikkan tu , mula la nak make up tebal-tebal , pakai ketat-ketat , tunjuk sini sana . Kelebihan orang cantik nie , orang akan tengok semuanya baik tentang Si Cantik tu . Pas tu , mula la kalau orang dah puji “Eh , awak nie cantik la . Eh , kulit awak putih la” . Mesti la bangga kan kalau orang puji macam tu . Tapi , untuk yang Si Cantik yang menayang aurat , terus menayang aurat . Tak hirau DOSA tapi TAKSUB mengejar dosa dengan kecantikkan yang melampau . Kekurangan golongan nie lak , yang dah lupa diri tu akan lupa adab sopan , budi bahasa , sombong & bla bla bla . Tu la kekurangan bila dah terlalu cantik & bertambah cantik , cantik , cantik seterusnya cantik dengan DOSA . Elok sangat la tu ?

Orang yang tak cantik lak , jangan lah merasa rendah diri . Sesungguhnya kita kena bersyukur sebab kita nie sebaik-baik ciptaan Allah . Untuk golong nie , mesti masyarakat akan pandang serong . Contoh words yang selalu keluar dari mulut masyarakat “Eh , dia nie nampak kotor la . Dah la kotor , tak cantik lak” . Kepada masyarakat sekalian , bukak lah mata tu luas-luas , jangan pandang seseorang tu melalui fizikal tapi pandang keseluruhan diri seseorang tu . Jangan bila tak cantik , kita HINA , MAKI golongan nieh , mereka pun ada perasaan macam kita jugak . Sesungguhnya golongan macam nie lebih banyak kelebihan dari kekurangan . Contoh , bila golongan nie kena maki , apa yang mereka dapat ? Dah komfirm dapat PAHALA . Semakin BERTAMBAH dimaki & dihina , semakin BERTAMBAH pahala seseorang tu . Kelebihan lain yang kita boleh nampak , golongan nie tak mudah lupa diri . Betul tak ? Sebab , mereka lebih berusaha untuk memperbaiki diri daripada merosakkan diri . Kekurangannya pulak , golongan yang macam nie akan hilang keyakinan diri , berasa diri dipinggirkan & rasa diri paling bawah sekali . Tapi , dengan semua tu , mereka boleh bangun untuk perbaiki kelamahan diri . Jangan sesekali menyesal untuk jadi lebih baik ya .

Sekian , itu saja leteran daripada OWNER :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]


p/s : Sesungguhnya , apa yang kita ada sekarang , itulah yang akan mengajar kita erti kehidupan masyarakat . Seterusnya menjadi seseorang yang MATANG untuk menjadi pelakon utama dalam dunia sendiri :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment

Eh , MASIH teringat Si Dia ke ? SEDIH kan ;(


Memang menyakit kan bila HUBUNGAN separuh JALAN . Betul tak ? Ye , tu semestinya , tambah-tambah lagi  kalau dah lama kenal dengan some one tu . Walaupun kadang-kadang SI Dia nakal , tu la yang membuatkan hidup kita tak sunyi bila dengan Si Dia . Tapi , bila apa yang diharapkan hanya tinggal seperti PEMBALUT LOLIPOP yang dibuang , apa boleh buat , redha je la dengan apa yang terjadi . Kali nie OWNER bukak topik nie atas permintaan PEMBACA  , OWNER nak share sikit pasal CARA-CARA nak lupakan some one yang PERNAH kita sayang .

First , kita kena ingat Allah . Ya , Allah itu penting . Apa yang terjadi , pasti ada hikmahnya . Kita kecundang dalam percintaan disebabkan kita dah jauh dari-Nya . Allah jadikan sesuatu kejadian tu untuk kita selalau ingat akan Dia . Macam mana nak ingat Allah ? Tu senang , kita dilahirkan dari kecik dalam pegangan agama . So , yang penting solat jangan tinggal . Penuhkan hati dengan ayat-ayat suci al-Quran . InsyaAllah , hati kita tenang :)

Second , kita kena habiskan masa dengan keluarga kita . Tambah-tambah dengan IBU BAPA kita yang dah besarkan kita dari kecik sampai la besar nie , kalau ada apa-apa masalah , luah & share dengan mereka , hilang sikit beban tu . Dalam menghabiskan masa tu , kita dah boleh lupakan Si Dia . Then , kesedihan tu , pasti akan hilang sedikit demi sedikit .

Third , KAWAN-KAWAN . OWNER percaya , ramai yang ada KAWAN RAPAT kan . Eh , kat sini bukan nak kira RAPAT atau TAK , sebab dalam berkawan kita tak perlu lah memilih . Rite ? hehe :) . Hilang GF/BF , kita kena ingat kita ada ramai kawan . Kawan la yang lebih lama ada dengan kita , kawan lah yang selalu BERGELAK , BERKONGSI masalah dengan kita . So , kalau boleh , ISI MASA tu dengan kekawan :)

Fourth , BUSY kan diri dengan KERJA-KERJA . Maksudnya , janglah kita TERMENUNG mengenangkan kisah lama . Tak ada faedahnya pun . So , sibukkan diri tu dengan kerja , macam kerja-kerja rumah , tolong mak ayah , tu lagi baik kan . Nanti kalau tak buat macam nie , kita akan selalu teringat akan Si Dia , pas tu berterabur habis air mata tu . Okay ya , SIBUKKAN diri tu dengan benda yang BERFAEDAH tau .


Fifth , PERCAYA PADA DIRI SENDIRI . Ow yeah ? Rite yeah , AHAHHA :D . Ha , memang PERLU kita percaya pada diri sendiri . Ramai diantara kita kecundang dalam percintaan LEMAH untuk meneruskan hidup sebab terlalu bergantung kepada Si Dia . Sampai ada yang sanggup BUNUH DIRI . Apa kes ? Perlu ke sampai macam tu ? Tak perlu ! Jangan la ada niat macam tu okay . OWNER nak tanya , sebab apa kita dilahirkan kat dunia nie ? Adakah sebab untuk menjadi seseorang yang selalu kecewa dalam percintaan ? Tak kan ? Ada banyak lagi keja kita boleh buat . Kita hidup dekat dunia nie untuk MENAMBAHKAN AMALAN , PAHALA kita untuk dunia akhirat . Kita kena kuat , tu semestinya . Kalau takut dikecewakan , JANGAN BERCINTA ya . Kalau bukan diri sendiri , siapa lagi yang mampu mengubah kita . Betul tak ? Renungkan ye :)

Sekian . Tu saja yang boleh OWNER sharekan , selamat BERAMAL ya :)

Selami jiwa , selami akal [SENYUM SOKMO]

p/s : Jangan MENGEJAR cinta yang tidak pasti TAPI KEJARLAH cinta kita pada ALLAH :)

Suka ? Layan dan Dipersilakan LIKE . Ada yang kurang ? Sila Comment